Pelakon Drama 7 Hari Ditangkap Khalwat

Share This:

 

Seorang pelakon dikatakan ditangkap khalwat pada hujung minggu lalu.

 

Menurut sumber,  aktres tersebut yang merupakan janda anak tiga itu masih membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai kejadian itu.

 

Orang yang dimaksudkan ialah Putri Mardiana atau dikenali sebagai Nina.

 

Menurut sebuah portal,pelakon terbabit dikatakan ada membuat kenyataan kepada sebuah portal hiburan tempatan bahawa tangkapan itu adalah satu perangkap yang dirancang oleh bekas teman lelakinya dan bekas isteri teman lelaki terbaharunya yang dikenali sebagai Ejump.

 

Menurut sumber, Nina mendakwa dia telah  diperangkap. Tetapi tangkapan itu ketika mereka berada di dalam rumah bukan di luar rumah.

 

Perangkap macam manapun kalau tak masuk dalam rumah sudah pasti tak kena tangkap. Kalau kejadian itu berlaku terlalu singkat mustahil penguatkuasa sempat datang pagi-pagi buta mengikut teori netizen.

 

Kejadian berdua-dua itu telah lama dan orang sekeliling memerhatikan tingkah laku mereka.

 

Perkara tersebut seolah-olah mengelirukan jika benar bekas teman lelaki dia dan bekas isteri teman lelaki barunya yang membuat laporan.

 

Mereka berdua dikatakantelah membuat tindakan yang sepatutnya kerana bertujuan menghalang perbuatan buruk berdua-duaan itu terus berlaku.

 

Menurut sumber berkata,kalau benar ini perangkap, ia perangkap yang membawa kebaikan dalam jangka panjang.

 

Seorang netizen berpendapat bahawa tidak boleh lelaki dan wanita bukan muhrim berdua-duaan dalam premis tertutup. Agama kita ada hukum-hukum tertentu. Lainlah kalau teman lelaki dia itu cedera terjatuh atau patah kaki dan terpaksa dibawa masuk ke dalam rumah.

 

Bagaimanapun,kejadian tersebut meragukan netizen apabila,mereka ditangkap tambahan pula ketika itu pukul 3 pagi.Kalau pukul 8 malam lain cerita juga.

 

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*