Laporan Audit Negara Pulau Pinang Bukti Guan Eng Songlap Duit Rakyat?

Share This:

Laporan Ketua Audit Negara yang sudah pun dikeluarkan melibatkan semua negeri yang diteliti menunjukkan ada banyak perkara mencurigakan dalam laporan audit negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP oleh Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Dalam laporan setebal 112 halaman itu, ada bukti menunjukkan ada perkara yang tidak kena yang menunjukkan DAP melalui Guan Eng cuba untuk menyeleweng peruntukan kerajaan negeri selepas diaudit.

Dalam ruangan rumusan, di muka surat 44, sejumlah wang RM307.45 juta telah direkodkan sebagai telah dibelanjakan daripada peruntukan sejumlah RM346.12 iaitu 88.8 peratus tetapi pihak Jabatan Audit Negara mendapatu perbelanjaan sebenar adalah RM233.84 juta atau hanya 67.6 peratus sahaja.

Dalam hal ini, ke mana wang yang pada asalnya direkodkan sebagai sudah dibelanjakan. Ada juga ruangan dalam laporan audit berkenaan yang menunjukkan ada projek yang diberikan kepada kontraktor melalui lantikan terus dan tidak pun diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah di Pulau Pinang.

Di muka surat berikutnya pula, dinyatakan daripada 2,868 projek yang dirancang, sebanyak 2,761 projek atau 96.3 peratus dilaporkan telah berjaya disiapkan, tetapi semakan audit mendapati bilangan sebenar projek yang siap sepenuhnya dalam tahun lepas ialah 2,737 projek atau 95.4 peratus berbanding 2,761 projek siap yang dilaporkan.

Apa yang terjadi kepada projek yang dikatakan siap tapi sebenarnya tidak siap itu? Pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada ruang untuk siasatan dilakukan ke atas kerajaan DAP pimpinan Guan Eng. Bukan sahaja wang yang diaudit, wang yang baru-baru ini diterima oleh DAP Pulau Pinang hasil sumbangan untuk bencana alam banjir pun difahamkan ada unsur penyelewengan telah berlaku.

Di Pulau Pinang juga, peruntukan yang besar disediakan untuk Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan peruntukan RM161.59 juta tetapi dari 243 projek, ada 40 projek yang dibatalkan, jumlah terbesar bebanding projek di jabatan lain dalam kerajaan negeri DAP.

Contoh projek yang Guan Eng songlap duit ialah laluan berbasikal yang menelan kos RM30 juta yang apabila siap indah khabar dari rupa. Apabila siap, laluan yang mahal itu, sebenarnya hanya dicat di atas laluan pejalan kaki, dan menggunakan cat yang tidak berkualiti yang selepas beberapa hari ia akan tertanggal.

Sekarang ini, timbul pula dakwaan bahawa wang yuran Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang yang berjumlah RM3 juta pun DAP hendak kebas. Ia berikutan kegagalan penganjuran program berkenaan Ahad lepas. Peserta diberi coklat yang sudah tamat tempoh, saiz baju T yang salah serta pemenang terpaksa menunggu lebih dua jam untuk menerima pingat mereka.

Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mempersoalkan kerajaan DAP supaya menjelaskan ke mana wang kutipan yuran pendaftaran tersebut disalurkan.

“Yuran pendaftaran sebanyak RM80 hingga RM100, dan terdapat 35,000 peserta dan sekurang-kurangnya pihak penganjur menerima yuran enrolmen hampir RM3 juta.

“Di manakah yuran pendaftaran ini digunakan? Lagi pun, hampir semua perbelanjaan, termasuk makanan, pakaian, trofi dan pingat telah ditaja,” katanya.

Semua benda kalau melibatkan wang, Guan Eng hendak seleweng dengan kuasa yang beliau ada.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*