Gajah Filem ‘Ong Bak’ Libas Penjaganya Hingga Mati

Share This:

 

Di Thailand seekor gajah PHLAI Ekasit,merupakan gajah popular yang banyak terlibat dalam filem antarabangsa termasuk ‘Ong Bak’ yang dibintangi Tony Jaa dikatakan telah melibas penjaganya menggunakan belalainya pagi Isnin.

 

Somsak Riangngern, 55, yang telah mengendalikan gajah berusia 32 tahun itu selama lebih dari satu dekad akhirnya mati di tempat kejadian.

 

Menurut saksi, Riangngern tidak melakukan apa-apa selain melakukan tugasnya menyuapkan haiwan jagaannya itu dengan pokok pisang sambil mengajaknya berjalan ke kawasan mandi di zoo Chiang Mai, Thailand sebelum serangan itu berlaku, lapor sebuah portal.

 

Tanpa amaran, saksi mendakwa haiwan terkenal itu berpaling dan melibas Riangngern dengan belalainya berkali-kali.

 

Menurut sumber,lelaki itu meninggal dunia serta-merta manakala isterinya, Jampa, hanya mampu melihat.

 

Kakitangan zoo kemudian berjaya mengawal gajah tersebut tetapi mereka masih tidak pasti apa yang menyebabkan Phlai mengamuk, tetapi mereka mengesyaki ia disebabkan haiwan itu kepanasan.

 

Gajah berkenaan yang sebelum ini telah membuat persembahan di zoo, tidak akan terlibat dalam sebarang pertunjukan sehingga ia dinilai oleh doktor haiwan.

 

Gajah jantan biasanya menjadi lebih agresif apabila mereka aktif mencari pasangan.

 

Mayat penjaganya itu dikatakan akan dibawa ke kampung halamannya di wilayah Surin untuk upacara pengebumian.

 

Menurut sumber berkata, isterinya berkata gajah tersebut biasanya tenang, malah disayangi oleh suaminya dan pelancong yang suka memberi makanan dan mengambil gambar dengannya.

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*