DAP Mengharapkan Mahathir Dan PPBM Gagal dan Berkubur

Share This:

Seumpama lagu, ianya tidak akan kekal ditangga teratas sepanjang masa, tetapi ada masanya lagu tersebut tidak diperdengarkan dicorong radio lagi. Begitulah Mahathir , hakikatnya seni politik Najib lebih hebat lagi  dan berada tangga teratas.

Memaksa pengacara radio memainkan lagu yang telah usang dan lapuk akan mengakibatkan pendengar menjadi bosan dan menutup radio. Jadi apa kan daya dan berlakunya cetakan lagu secara cetak rompak dan dijual murah dijalanan. Itulah Mahathir sekarang. Terpaksa melutut kepada “Along” untuk didengari lagunya kepada penonton.

Seperti bulan jatuh keriba, begitulah sambutan yang diberikan oleh DAP dengan kehadiran Mahathir dalam politik  pembangkang. Kehadiran yang mana akan memberikan impak yang besar dalam menarik sokongan orang muda Melayu menyokong dan meletakkan DAP sebagai Tuan Besar.

Sambutan terhadap Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat disambut dengan gembira oleh DAP. Tetapi semuanya hambar setelah kajian dilakukan oleh DAP bahawa Mahathir hanya mahu menggunakan pembangkang untuk anak lelakinya.

DAP pada mulanya mengharapkan dengan kehadiran Mahathir akan dapat sokongan  untuk menjatuhkan UMNO serta kerajaan Barisan Nasional. Namun setelah semuanya terhidu DAP mula menjauhkan diri dari saranan dan cadangan yang diutarakan oleh Mahathir.

Tindakan yang dilakukan oleh pembangkang untuk menjauhkan diri dari Mahathir apabila kita dapat melihat betapa “taring yang patah” dapat dilihat semasa PRN Sarawak dan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Pihak pembangkang dapat merasakan bahawa Mahathir adalah  pembawa masalah kepada pihak pembangkang jika dibenarkan menyertai DAP atau PKR. Penolakan Mahathir dibuat secara senyap dan halus oleh DAP.

Pembangkang kemudiannya mengumumkan yang mereka sedia bekerjasama dengan Mahathir jika dia menubuhkan partinya sendiri. Ini cara halus pembangkang untuk menghapuskan Mahathir.

Mereka tahu yang jika Mahathir dibenarkan untuk menyertai salah satu parti pembangkang, ia akan membawa kesan yang buruk. Jika pihak pembangkang sendiri tidak mempercayai Mahathir yang diagongkan, mengapakah orang Melayu sendiri masih terhegeh-hegeh menyokongnya?

DAP menggunakan kaedah serampang dua mata dimana dalam situasi untuk menjauhkan diri dari Mahathir pada masa yang sama menggunakan Mahathir untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional.

Secara dasarnya, perancangan penubuhan PPBM hanya sebagai penyamaran politik  untuk memberikan perlindungan apabila Mahathir ditolak mentah penyertaan ke dalam mana-mana parti pembangkang.

Kepercayaan pihak pembangkang terhadap Mahathir amat tipis berikutan kisah silam yang dialami semasa pemerintahan 22 tahun Mahathir sebagai perdana  menteri. Pembangkang yang memberikan peluang untuk PPBM ditubuhkan melihat jika parti baru Mahathir tidak berjaya, mereka boleh membuangnya sama seperti yang mereka lakukan ke atas PAS tidak lama dahulu.

PPBM kini dilihat sebagai sebuah parti yang gagal dan kegagalan PPBM ini dapat dilihat apabila tidak dapat mengadakan mesyuarat agong pertubuhan yang pertama. Sambutan yang diberikan amatlah mengecewakan.

Jadi tanggapan pembangkang bahawa Mahathir hanya  menyertai pihak pembangkang untuk menyelamatkan anaknya Mukriz adalah bertepatan sekali. Kegagalan PPBM sebagai sebuah parti dimasa akan datang sekali gus akan menolak Mahathir dalam ruang legar politik pembangkang.

Ini lah percaturan politik yang amat diharapkan oleh Barisan Nasional dimana  bukan dari pihak  UMNO atau Barisan Nasional yang membuang terus Mahathir  tetapi kecundangnya Mahathir akibat percaturan politik dirinya sendiri.

Jika Mahathir dan orang-orangnya menyertai salah satu parti pembangkang, ia akan menjadi situasi yang berbeza. Itu bermakna dia telah diterima. Tetapi jika Mahathir dan orang-orangnya tidak diterima ke dalam pembangkang dan terpaksa menubuhkan parti sendiri, itu adalah situasi yang lebih baik untuk Najib dan Umno.

Parti baru Mahathir hanya mempunyai satu tujuan, iaitu untuk menggulingkan Najib. Persoalannya ialah: apa yang akan mereka lakukan jika dan apabila Najib digulingkan?

Memandangkan tujuan Parti Pribumi Mahathir adalah untuk menggulingkan Najib, adakah parti ini akan terus wujud atau adakah ianya akan dibubarkan (seperti Semangat 46 pada tahun 2006) jika dan apabila Najib digulingkan?

Melaui atas kertas PPBM hanya berharap ia akan dapat bertahan dengan merampas undian daripada Umno. Bagaimanapun, Lim Kit Siang tidak merasakan yang ia akan terjadi. Kit Siang merasakan PPBM tidak mampu bertahan sehingga PRU14 setelah melihat reaksi penyokong yang menentang dari segenap penjuru.

PPBM sebenarnya ‘memancing dalam kolam yang sama’ dengan pembangkang, bukannya dalam ‘kolam’ Barisan Nasional. Jadinya, setiap undian yang PPBM dapat menyebabkan satu undian kurang untuk pembangkang.

Kit Siang kelihatan lebih bijak dari Mahathir dalam melihat gerakan dan agenda tersembunyi Mahathir. Sebelum menular Kit Siang dalam senyuman dan ketawanya terus bersama Mahathir dan menolaknya perlahan lahan kedalam lubang untuk dikambuskan.

Kesimpulannya kehadiran PPBM tidak ubah sama juga dengan kehadiran Semangat 46 satu ketika dahulu dan akhirnya berkubur dengan agenda yang tidak jelas.

Adakah Mahathir dan PPBM  belajar daripada perkara itu? Atau adakah mereka, bersama-sama dengan PKR dan DAP, akan terus mengetengahkan isu  yang telah basi dan kemudiannya merana dengan nasib yang sama seperti tahun 2004, pilihan raya umum yang paling teruk bagi pihak pembangkang dalam sejarah Malaysia?

Ternyata seni politik yang dimiliki oleh Najib Razak amat tinggi dan secara diam dan senyap telah mengusir seorang yang dikatakan begitu hebat dalam percakapannya dengan tindakan yang dilakukan oleh  Mahathir sendiri.

Mahathir akhirnya telah bertemu buku dengan ruas, ternyata buat julung kalinya Mahathir telah bertemu dengan lawan politik yang sebenarnya.  Sejarah “waterloo” tidak pernah menafikan segalanya.

Seumpama lagu, ianya tidak akan kekal ditangga teratas sepanjang masa, tetapi ada masanya lagu tersebut tidak diperdengarkan dicorong radio lagi. Begitulah Mahathir , hakikatnya seni politik Najib lebih hebat lagi  dan berada tangga teratas.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*