DAP Buat Malu, Gagal Anjur Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang

Share This:

Negeri Pulau Pinang sejak akhir-akhir ini kerajaan negerinya banyak buat hal. Kali ini kontroversi yang memalukan Malaysia apabila acara sukan berprestij Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang ditimpa pelbagai masalah dan menerima banyak rungutan.

Aduan yang diterima tidak masuk akal seperti kekurangan pingat untuk peserta, saiz kemeja T yang tidak sepadan dan paling teruk, pemberian coklat yang sudah tamat tempoh kepada peserta larian.

Peserta yang kecewa dengan kejadian itu meluahkan rasa tidak puas hati mereka ke laman sosial.

Tahun ini, acara yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri DAP dan beberapa organisasi lain berjaya menarik seramai 35,000 peserta untuk empat kategori iaitu maraton penuh 42 kilometer (km), separuh maraton 21km, larian 10km dan 8km Fun Run.

Penyertaan kali ini dikatakan yang tertinggi sejak ia dianjurkan pada 1984.

Tan Jes Lynn dari Kedah, 27, berkata, peserta keliru semasa ingin mengambil pingat kerana mereka diberitahu bahawa pingat sudah habis biarpun mereka menamatkan acara pada waktu yang ditetapkan.

“Saya dan kawan datang untuk acara ini. Kami berjaya tamatkan larian dan ada kawan-kawan yang pulang tangan kosong,” katanya dalam laporan portal Mstar Online, hari ini.

Semetara itu, Afiq Azul, 33, yang berasal dari Kuala Lumpur pula berkata, dia menunggu selama 45 minit di tempat letak kereta pusat beli-belah Queensbay untuk mengambil pek larian tersebut.

“Ketika kami menerima kemeja-T, kebanyakannya bukan saiz yang betul. Mereka beri saya saiz XS dan saya mahu saiz S.

“Apabila saya ingin tukar saiz, mereka kata hanya boleh bagi kemeja-T tahun lepas,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika diminta mengulas mengenai isu itu mengarahkan pihak media mendapatkan kenyataan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri, Danny Law. Seperti biasa, Guan Eng akan lari dari jawab apa-apa kontroversi.

Bagaimanapun, Law tidak boleh dihubungi untuk mendapatkan kenyataan daripadanya.

Timbalan Pengerusi Gerakan Negeri, Oh Tong Keong berkata: “Organisasi yang lemah memberikan malu kepada Pulau Pinang.”

“Ini sepatutnya menjadi maraton yang mengikut standard antarabangsa, ia bukan acara ‘fun run’ rentas negara, “katanya pada sidang akhbar.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*