Cara Elak Cukai Keuntungan Jual Rumah

Share This:

Begitu tular kisah seorang surirumah yang mempunyai banyak hartanah yang dibeli dan disewakan. Tidak kurang juga ada juga pemilik hartanah yang membeli dan menjual hartanah mereka apabila dirasakan keuntungan sudah diperolehi akibat dari permintaan yang tinggi.

Kerajaan membantu menyekat gejala di mana pembelian dan penjualan hartanah dalam jangkamasa singkat. “Flipping” adalah salah satu strategi pelaburan di mana pelabur akan membeli hartanah dengan objektif menjual semula untuk mendapatkan keuntungan dari jualan hartanah tersebut.

Kebiasaannya keuntungan hartanah ini diperolehi daripadan kenaikan dari permintaan atau pasaran di lokasi yang strategik, atau apabila proses pembinaan dimulakan dan menghampiri pembinaan sepenuhnya.

Justeru, bagi mengelak dari “flipping” jangkamasa pendek ini, Akta Spekulasi Tanah 1974 diperkenalkan pada 6 Disember sebagai langkah menyekat aktiviti spekulasi harta tidak alih. Akta ini kemudiannya digantikan dengan Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT 1976) pada 7 November 1975.

CKHT adalah cukai yang dikenakan atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah (rumah pangsa, rumah, kondominium, pangsapuri, ladang, tanah kosong dan lain-lain). Mulai 21 Oktober 1988, cukai ini diperluaskan ke atas keuntungan daripada pelupusan syer dalam Syarikat Harta Tanah.

Beberapa pindaan telah dilakukan terhadapt CKHT ini sehinggalah berkuatkuasanya kadar cukai baru mulai 1 Januari 2014 sehingga maksima 30% jika dalam tempoh 3 tahun selepas tarikh pemerolehan hartanah tersebut dijual atau dilupuskan.

Berdasarkan jadual kadar cukai mulai 1 Januari 2014 ini, cukai CKHT tidak dikenakan terhadap pelupusan yang dibuat selepas 5 tahun dari tarikh pemerolehan harta tersebut oleh orang selain daripada syarikat dan individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap.

Begitu juga pelepasan CKHT jika hartanah tersebut merupakan pemberian seorang warganegara kepada pemeroleh atas dasar kasih sayang. Di sini, pemberi dan pemeroleh adalah suami isteri, ibu bapa dan anak atau datuk atau nenek dan cucu.

Walaubagaimana pun, pengecualian CKHT dapat diperolehi kepada keuntungan daripada pelupusan satu kediaman persendirian sahaja untuk warganegara atau pemastautin tetap Malaysia. Pengecualian cukai ini merupakan satu pemilihan sekali seumur hidup, maka rancang dengan teliti untuk perolehi kelebihan ini.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*