Siapa Kawan George Soros Untuk Jayakan Agendanya Di Malaysia

Share This:

Set terbaru dokumen yang dikeluarkan oleh Wikileaks menunjukkan bahawa George Soros dan Open Society Foundation beliau sangat prihatin terhadap keadaan di Malaysia, salah satu sekutu Amerika Syarikat di Asia Tenggara yang paling lama.

Satu memo yang dihantar oleh Michael Vachon, orang kanan hartawan George Soros pada 6 Mac 2016 kepada Pengerusi kempen presiden Clinton, John Podesta, menjelaskan mengenai “krisis rasuah” Malaysia dan menyalahkan Perdana Menteri negara itu Najib Razak kerana “merosakkan kredibiliti AS di rantau itu.”

“Suatu hari nanti Malaysia boleh menjadi sekutu Amerika Syarikat yang baik untuk menentang ekstremisme IS [Daesh dalam bahasa Arab], tetapi tidak sebelum ia mencapai kebebasan dan demokrasi perlembagaan yang selama ini dinafikan kepada rakyatnya,” menurut memo itu.

Walau bagaimanapun, nampaknya elit kewangan dan politik AS mempunyai alasan lain untuk tidak berpuas hati dengan perdana menteri Malaysia, selain dakwaan bahawa beliau terlibat dalam skandal rasuah.

“Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak akan pergi ke China minggu depan untuk membina hubungan yang lebih erat dan mencari pelaburan, yang mungkin akan menghalang sasaran AS di Asia Tenggara selepas ditolak oleh Presiden Rodrigo Duterte dari Filipina untuk memperkukuhkan hubungan China,” lapor Reuters pada Khamis.

Kedua-dua Malaysia dan Filipina telah lama mempunyai pertikaian dengan China mengenai Laut China Selatan. Walau bagaimanapun, Kuala Lumpur mungkin mengikuti jejak langkah Manila, yang mana berusaha untuk meredakan ketegangan dengan Beijing sebagai pertukaran untuk faedah-faedah ekonomi, menurut andaian saluran media itu.

Jadi, apakah yang dimaksudkan Soros dengan menonjolkan keperluan perubahan demokrasi di Malaysia?

‘Tidak ada Perniagaan seperti Perniagaan Revolusi’

“Pertama sekali, seseorang perlu memahami Soros dan model perniagaannya,” Mathew Maavak, penyelidik dalam Risk Foresight di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan penyumbang tetap kepada CCTV memberitahu Sputnik.

“Tidak ada perniagaan seperti ‘perniagaan revolusi.’ Ianya lebih lumayan daripada industri hiburan (show business) yang boleh gagal disebabkan oleh kekurangan atau kelemahan yang tidak dijangka. Sebaliknya, revolusi hanya perlu memasuki pasaran perasaan rasa tidak puas hati orang ramai yang sentiasa ada. NGO dan media mesra Barat merupakan anak syarikat utama perusahaan revolusi sosial global itu. Bersama-sama, mereka mencari, mengenalpasti dan menguatkan rasa tidak puas hati orang ramai di negara-negara yang tidak sejajar dengan Amerika Syarikat. Aktivisme oleh AS seperti itu tidak pernah membawa kepada masyarakat yang lebih adil, sebaliknya mereka telah menimbulkan pertumpahan darah dan keganasan global yang tidak berkesudahan,” penyelidik itu menekankan.

Maavak menggelar entiti hak asasi manusia dan dermawan ini sebagai usahawan ‘agitprop’ (“agitprop entrepreneurs”)

“Bagi usahawan ‘agitprop’, pulangan pelaburan dalam revolusi adalah sangat besar,” tegasnya.

“Pengurus dana lindung nilai yang kaya dapat menjual pasaran yang disasarkan sebelum melaksanakan revolusi yang telah dirancang sebelumnya.” Pasaran saham dan krisis mata wang yang terhasil akan memberikan ‘bukti’ kepada orang awam yang khuatir, yang kemudian memberikan tekanan kepada kerajaan semasa untuk menyerah diri atau menuruti ‘tuntutan popular’ yang sebenarnya dirangka di luar negara, kemungkinan oleh IMF! ”

“Oleh itu, walaupun revolusi gagal, kejatuhan ekonomi berikutan itu akan menyebabkan aset tempatan murah untuk pemerolehan asing,” kata penyelidik itu.

Peranan Soros dalam Krisis Kewangan Asia 1997

Maavak merujuk kepada krisis kewangan Asia pada tahun 1997, yang bermula di Thailand dengan kejatuhan kewangan baht Thailand, mata wang negara itu.

“Ia nampaknya seperti rancangan perniagaan Soros untuk Malaysia dan rantau ASEAN semasa Krisis Kewangan Asia 1997,” katanya.

Malah, beberapa pemerhati menyalahkan George Soros kerana kejatuhan itu. Kolumnis South China Morning Post, Zhou Xin malah menekankan bahawa Soros, “yang mana perdagangan mata wang agresifnya dipersalahkan kerana memusnahkan ekonomi Thailand dan Malaysia”, pada tahun 1997 telah membuat satu lagi percubaan lain untuk menjejaskan ekonomi Asia dengan mensasarkan pasaran Hong Kong pada tahun 1998.

“Seluruh rantau itu berada dalam kekacauan, dan nama George Soros banyak dikaitkan dalam perkara yang kotor ini. Pergerakan ‘Reformasi’ yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang dipecat Anwar Ibrahim – yang mempunyai hubungan rapat dengan Washington – gagal untuk menjatuhkan kerajaan semasa,”kata Maavak.

Reformasi itu yang bermula pada bulan September 1998 termasuklah ketidakpatuhan sivil, demonstrasi, protes, rusuhan, aktivisme dalam talian, melibatkan ribuan di seluruh Malaysia yang memprotes terhadap kerajaan.

Walau bagaimanapun, walaupun tidak menyukai Soros atas peranannya dalam menjual mata wang Malaysia, Ringgit, dan kerana menyokong pergerakan Reformasi, bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad tidak melakukan banyak untuk membendung NGO dan rangkaian media alternatif yang sedang dibina oleh Open Society Foundation dan sekutunya, yang disokong oleh Jabatan Negara AS, Maavak menegaskan.

“Terdapat sebab yang baik untuk kekurangan ketegasan Mahathir, selain daripada tangkapan dan serbuan yang sesekali dibuat oleh polis,” Maavak mencadangkan, “Apabila beliau meletakkan jawatan, beliau menggunakan rangkaian yang sama untuk menggulingkan penggantinya Abdullah Ahmad Badawi, dan kini menggunakan rangkaian yang sama untuk cuba menggulingkan Perdana Menteri semasa Najib Razak. ”

Satu Siri ‘Revolusi Warna’ Domino di Asia Tenggara

“Tanpa kekacauan di ASEAN, Soros dan kelas kapitalis transnasional mungkin akan kerugian banyak wang,” ujar penyelidik.

“Mereka memerlukan Najib digulingkan sebagai permulaan kepada satu siri “revolusi warna” domino di rantau ini. Di Malaysia, warna yang dipilih adalah kuning dan digunakan oleh gabungan Bersih (yang mungkin melihat) calon presiden Demokrat Hillary Clinton sebagai contoh kebaikan dan tadbir urus yang telus,” katanya.

Prognosis Maavak tidak semestinya tidak berasas, memandangkan fakta bahawa negara-negara ASEAN telah menandakan kesediaan mereka untuk memperkuat hubungan mereka dengan China, yang mana akan membawa mereka menjauhi Washington.

“Washington telah mengalami kemunduran geopolitik di hampir setiap negara di Asia Pasifik,” menurut Tony Cartalucci, penganalisis geopolitik yang berpangkalan di Bangkok, dalam artikelnya baru-baru ini untuk New Eastern Outlook, yang menekankan pengaruh AS yang semakin merosot di rantau Asia Pasifik.

Membida untuk hegemoni dalam Asia Pasifik, elit kewangan dan politik AS akan melakukan apa sahaja untuk mengurangkan pengaruh China dan memberi tekanan terhadap ekonomi ASEAN untuk mematuhi Washington, menurut Maavak.

Pandangan yang dinyatakan dalam artikel ini adalah oleh pengarang semata-mata dan tidak semestinya mencerminkan kedudukan rasmi Sputnik.

– Wikileaks

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*