Selamat Bertunang, Putera Harry Dan Meghan Markle Nikah Tahun Depan

Share This:

Putera Harry diumumkan sah bertunang dengan teman wanitanya, pelakon Meghan Markle dan akan melangsungkan perkahwinan mereka pada musim bunga tahun depan.

 
 

Foto: The Sun
 
Berita gembira itu diumumkan menerusi sebuah kenyataan yang diumumkan oleh laman Twitter Clarence House.
 
 

Foto: Twitter Clarence House
 
Pengumuman itu mengesahkan pertunangan mereka awal bulan ini dan turut menyebut bahawa Putera Harry yang juga orang kelima bakal menaiki takhta Britain itu akan tinggal di Nottingham Cottage di Istana Kensington bersama Meghan.
 
 

Foto: BBC
 
Menerusi sebuah wawancara bersama BBC semalam, Putera Harry menceritakan bagaimana dia melutut di hadapan Meghan ketika mereka sedang memasak ayam panggang di rumah.
 
 
 
 

Foto: Metro.uk

 

Meghan juga menunjukkan cincin yang disarungnya memiliki tiga batu permata. Dua daripadanya adalah milik ibu Putera Harry, mendiang Puteri Diana.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*