Salah Lepas Rindu

Share This:

MOHAMED Salah mendapat penghormatan daripada penyokong Chelsea pada Sabtu di atas tindakan tidak meraikan gol ke atas bekas kelabnya itu.

Bintang Liverpool itu menjaringkan gol ke-15nya musim ini ketika menentang Chelsea tetapi dia hanya mengangkat tangannya sebagai tanda menghormati kariernya di Stamford Bridge sebelum ini.

Malah ia juga sebagai tanda penghormatan kepada tanah airnya yang dilanda tragedi dahsyat baru-baru ini apabila 305 maut dalam serangan di sebuah masjid.

Jurukamera sempat merakamkan gelagat Salah sebelum aksi sepak mula di mana dia bersalaman dan berbual dengan bekas rakan pasukannya itu.

Salah turut dirakam bertemu dan memeluk William dan David Luiz di dalam terowong.

Pemain Mesir itu membuktikan dia pembelian yang berbaloi untuk Liverpool kerana muncul penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*