Perpindahan Ozil Hampir Pasti

Share This:

IAN Wright yakin Mesut Ozil akan berhijrah ke Manchester United dalam masa terdekat.

Bintang Arsenal itu sering kali dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford kerana Ozil enggan memperbaharui kontranya di Emirates.

Kontraknya akan berakhir pada musim panas akan datang.

Pengurus United, Jose Mourinho belum memberikan sebarang komen kepada umum mengenai Ozil tetapi difahamkan dia benar-benar mahu bekerjasama semula dengan bekas bintang Real Madrid itu.

Wright bagaimanapun percaya perpindahan tersebut akan dimuktamadkan.

“Mesut Ozil ke Manchester United secara percuma semakin hampir. Saya yakin Jose pasti menyukainya.

“Saya yakin Ozil dan ejennya akan mendesak Arsenal untuk membenarkan perpindahan tersebut,” kata Wright dalam satu temu bual bersama BBC.

Ozil digugurkan daripada skuad ketika bertemu Burnley pada Ahad kerana pemain itu dilaporkan tiba-tiba tidak sihat.

Pemain kebangsaan Jerman itu berlepas ke Burnley tetapi dihantar semula ke London oleh pasukan perubatan Arsenal.

Arsenal mengelak untuk menjual Ozil kepada seteru utamanya lebih-lebih lagi United yang kini menghuni tangga kedua Liga Perdana Inggeris.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*