Permohonan BR1M 2018 Boleh Dibuat Di Semua Cawangan LHDN

Share This:

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti yang diumumkan di dalam Bajet 2018 memberi manfaat kepada 7 juta penerima menerusi pemberian ini dengan kadar maksimum sehingga 1,200 ringgit. Oleh itu, permohonan dan kemaskini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2018 telah dibuka mulai 27 November hingga 31 Disember 2017.

Jadual pembayaran BR1M 2018 akan mula disalurkan mulai Februari 2018 kepada individu berpendapatan bulanan RM 2,000 dan ke bawah sebanyak RM 450. Bagi kategori kedua iaitu isi rumah berpendapatan bulanan di antara RM 3,001 hingga RM 4,000 akan dibayar RM 300 secara berperingkat pada mulai Februari, Jun dan Ogos dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 900.

Manakala kategori ketiga iaitu isi rumah berpendapatan bulanan sebanyak RM 3,000 dan ke bawah akan turut mendapat sumbangan BR1M sebanyak RM 400 dengan bayaran berperingkat mulai bulan Februari, Jun dan Ogos dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 1,200.

Justeru pemohon boleh membuat permohonan BR1M dan kemaskini melalui kaedah permohonan secara manual melalui pengisian borang BR1M yang boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang terdekat.

Pemohon juga boleh memuat turut borang permohonan di portal rasmi BR1M dan mengemaskini maklumat pemohon di https://ebr1m.hasil.gov.my.

Bagi pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang meninggal dunia serta pemohon yang telah gagal atau tidak layak dalam permohonan BR1M 2017 perlu membuat permohonan baru bagi BR1M 2018. Bagi penerima BR1M 2017 (sedia ada), pengemaskinian perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

Perlu diingatkan juga kepada umum bahawa kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai BR1M melalui aplikasi whatsapp dan media sosial yang lain. Maklumat yang sahih hanya boleh didapati melalui risalah BR1M 2018 yang telah diedarkan kepada semua penerima BR1M dan juga melalui laman sesawang https://ebr1m.hasil.gov.my.

Kerajaan berharap pembayaran BR1M 2018 dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 serta e-mel kepada: br1m@treasury.gov.my

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*