Penumpang Wanita Nekad ‘Terjun’ Keluar Dari Kenderaan Selepas Pemandu Uber Didakwa Tunjuk Kemaluan

Share This:

 

Baru-baru ini kes pemandu Uber didakwa menunjukkan kemaluan dan meraba seorang penumpang wanita.

 

Menurut sumber,ketika kejadian wanita terbabit dikatakan nekad ‘terjun’ keluar dari kenderaan selepas pemandu tersebut dipercayai merabanya.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi Khamis lalu, wanita berusia 23 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari Jalan Sungai Besi ke Taman Jaya.

 

“Tempat duduk belakang kereta suspek sudah penuh, jadi saya terpaksa duduk bahagian depan,” katanya.

 

Menurutnya, suspek tiba-tiba memandang sambil mengeluarkan kemaluan ketika sedang menjawab panggilan telefon.

 

Menurut sumber,mangsa meminta pemandu berkenaan menghentikan kenderaaan kerana terkejut dan takut dengan tindakannya itu, namun pemandu terbabit tidak mengendahkan sebaliknya mengunci pintu dan tingkap sebelum mula merabanya sambil memandu.

 

Sebaik sahaja kenderaan itu berhenti di lampu isyarat merah, mangsa segera melompat keluar dari kereta berkenaan.

 

Trauma dengan kejadian, wanita terbabit membuat laporan polis kira-kira jam 12 tengah malam Sabtu di Balai Polis Bandar Sunway hanya selepas dinasihatkan rakannya.

 

Bagaimanapun, mangsa hanya mengingat jenis kenderaan (Perodua), tetapi terlupa nombor pendaftaran kereta berkenaan.

 

Sebelum kejadian, mangsa yang juga seorang perunding kecantikan itu berkata, terpaksa menaiki kereta terbabit di mana pemandunya memiliki rating 4.47 bintang kerana tiada pemandu lain yang mahu menerima tempahannya ketika itu.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*