Penumpang Terjun Kereta Selepas Pemandu Uber Tunjuk ‘Anu’

Share This:

Seorang penumpang wanita nekad terjun dari kereta selepas pemandu Uber didakwa menunjukkan kemaluan dan merabanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi Khamis lalu, wanita berusia 23 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari Jalan Sungai Besi ke Taman Jaya, lapor China Press seperti dipetik FMT.

“Tempat duduk belakang kereta suspek sudah penuh, jadi saya terpaksa duduk bahagian depan,”katanya kepada China Press.

Menurutnya, suspek tiba-tiba memandangnya sambil mengeluarkan kemaluannya ketika mangsa sedang menjawab panggilan telefon.

Mangsa meminta pemandu berkenaan menghentikan kenderaan kerana terkejut dan takut dengan tindakannya itu. Namun, pemandu terbabit tidak mengendahkannya, sebaliknya mengunci pintu dan tingkap sebelum mula merabanya sambil memandu.

Sebaik sahaja kenderaan itu berhenti di lampu isyarat merah, mangsa segera melompat keluar dari kereta berkenaan. Trauma dengan kejadian, wanita terbabit membuat laporan polis kira-kira jam 12 tengah malam Sabtu di Balai Polis Bandar Sunway hanya selepas dinasihatkan rakannya.

Bagaimanapun, mangsa hanya mengingat jenis kenderaan (Perodua), tetapi terlupa nombor pendaftaran kereta berkenaan.

Sebelum kejadian, mangsa yang juga seorang perunding kecantikan itu berkata, dia terpaksa menaiki kereta terbabit di mana pemandunya memiliki rating 4.47 bintang kerana tiada pemandu lain yang mahu menerima tempahannya ketika itu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*