Pengurus Sevilla Jalani Pembedahan

Share This:

PENGURUS Sevilla, Eduardo Berizzo akan menjalani pembedahan pada Selasa selepas disahkan menghidap kanser prostat minggu lalu.

Sepanjang ketiadaan Berizzo, tugasnya akan diambil-alih pembantunya, Ernesto Marcucci.

“Pengurus Sevilla Eduardo Berizzo akan menjalani pembedahan pada tengah hari Selasa selepas disahkan menghidap kanser prostat beberapa hari lalu.

“Kepulangan semula Berizzo bergantung kepada keadaan selepas pembedahan dan proses pemulihannya. Sevilla yakin dia akan kembali secepat mungkin,” kata Sevilla dalam satu kenyataan.

Sevilla akan bertemu Cartagena pada peringkat 32 terakhir Piala Raja Sepanyol pada Rabu di mana mereka mendahului dengan 3-0 dalam aksi pertama.

Berizzo, 48, menyaksikan kebangkitan anak buahnya mengikat Liverpool 3-3 pada aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara minggu lalu selepas ketinggalan 0-3 pada babak pertama.

Malah Sevilla juga bangkit menundukkan Villarreal 3-2 selepas ketinggalan 2-0 pada aksi La Liga untuk kekal di tangga kelima, Ahad lalu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*