Pelajar Cemerlang Malaysia Di US Berjaya Terima Biasiswa Berprestij Rhodes

Share This:

 

Pelajar cemerlang Adnan Zikri Jaafar sering terpapar di surat khabar tempatan lima tahun lalu apabila dikatakan menjadi salah seorang penerima biasiswa Kijang Emas Bank Negara Malaysia (BNM) kerana cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 dengan memperolehi 11A+.

 

 

Menurut sumber,pada waktu tersebut Adnan Zikri Jaafar, yang juga bekas pelajar SMK Agama Persekutuan, Labu, Negeri Sembilan menyatakan hasratnya untuk membuat kajian Islam di Timur dan Barat. Untuk itu, dia mahu melanjutkan pengajian dalam Pengajian Islam dan Arab di Universiti Oxford.

 

Dengan biasiswa BNM pelajar ini berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tapi bukan di Universiti Oxford dan bukan bidang Pengajian Islam dan Arab. Dia menjadi penuntut Program Huntsman di bawah fakulti Pengajian Perniagaan Antarabangsa di Universiti Pennsylvania.

 

 

Di Wharton School, dia major kewangan dan statistik. Manakala di College, dia memilih major pengajian antarabangsa dan minor ekonomi, matematik dan falsafah. Dia pelajar program Bachelor Arts International Studies/Bachelor Science Econonomics.

 

 

Setelah berhempas pulas di Universiti Pennsylavania, sekali lagi namanya terukir di media massa apabila berjaya menerima biasiswa berprestij Rhodes yang dianugerahkan kepada pelajar cemerlang bukan warga British bagi memasuki Universiti Oxford. Ini bermakna impiannya ke Universiti Oxford telah tercapai.

 

Adnan turut menjadi kebanggaan warga Universiti Pensylvania dan menerima pujian daripada presiden universiti berkaitan projek tahun akhir dan aktiviti sukarelawan.

 

Bagi kajian sarjana mudanya, dia fokus terhadap ikatan impak sosial dan bagi aktiviti sukarelawan, dia terlibat dengan pelarian dan menjadi duta program kebajikan Penn, Giving What We Can.

 

Sewaktu artikel ini ditulis, Adnan kini berada di fasa akhir pengajian semester ijazah sarjana muda dan di fasa awal persediaan untuk ke Universiti Oxford. Dia akan melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana untuk mengkaji evidence-based social intervention and policy evaluation, bersama sarjana ekonomi kewangan.

 

Turut membanggakan, Adnan telah melakukan kajian pada musim panas lepas berkaitan menambah baik sistem pengagihan zakat dan mencari pendekatan alternatif terbaik di Malaysia.

 

Buat pengetahuan anda, setiap tahun seramai 95 orang terpilih bagi menerima Biasiswa Rhodes, iaitu program biasiswa antarabangsa tertua di dunia sejak 1902. Ia dibuka untuk 64 buah negara. Bagi sesi 2018, 32 orang penerimanya ialah orang Amerika Syarikat.

 

Video Adnan Zikri berkongsi tentang Pengenalan Ilmu Ekonomi:

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*