#PAU2017 : Kukuhkan Mentaliti Menang PRU14

Share This:

AHLI-ahli UMNO amat teruja dengan kehadiran Perhimpunan Agung UM­NO 2017 (PAU2017) yang berlangsung pada 5 Disem­ber ini. Ianya bakal menjadi medan untuk membentuk mentaliti me­nang dalam kalangan jentera penerangan bagi menghadapi Pili­han Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Satu konvensyen khas akan diadakan bersama lebih 5,000 orang tenaga penerangan dan parti pada hari pertama perhimpunan yang dijangka akan disertai Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Jentera penerangan digesa agar mempertingkatkan peranan masing-masing dan mesti melakukannya dengan sepenuh hati bagi meningkatkan sema­ngat, tahap kesiapsiagaan dan mentaliti boleh menang untuk PRU-14 yang akan datang.

Seramai lebih 133,580 orang terlibat dalam menggerakkan jentera penerangan termasuklah 21,942 ketua penerangan di peringkat bahagian; 21,730 ketua penerangan sayap wanita; 15,600 ketua penerangan pemuda; 6,699 ketua penerangan puteri serta setiausaha dan jawatankuasa biro-biro di peringkat akar umbi.

Sebanyak 1,000 pemacu USB yang memuatkan 25 video klip pendek mengenai perjuangan UMNO akan turut diedarkan kepada semua bahagian supaya boleh ditayangkan di majlis ceramah dan sesi dialog di peringkat akar umbi.

Dengan kerjasama erat dari semua ahli UMNO, insyaallah Barisan Nasional akan dapat terus mentadbir negara kita, aminn.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*