Mas Idayu Naik Hantu Lagi Di D’Academy Asia

Share This:

” Ada nampak Mummy senyum? Ada Nampak Mummy Happy? “

Itulah antara bait-bait petikan komen dari Mas Idayu yang tular sehingga ke hari ini gara-gara memarahi seorang peserta program D’Academy Asia dari Malaysia, Baby Shima kerana persembahannya yang kurang memuaskan. Video Shima dimarahi itu bukan sahaja tular malah turut dijadikan sebagai parody oleh beberapa pengamal media sosial.

Belum pun reda isu itu, semalam tular sekali lagi mengenai Mas Idayu apabila kali ini giliran Darling juga dari Malaysia turut dimarahi oleh Mas Idayu.

“Cukup latihan? Kalau cukup latihan kenapa kita jumpa kesalahan? Ini kalau dah kena tegur dekat depan ni jangan nak ada yang ke depan pula, memujuk…tak payah.Sekarang ni, dengar. Apa yang mummy nak cakap ni selain pitching okay..persembahan yang lain – lain dulu ada peningkatan bukan tak ada tapi bila kata cukup latihan kena ada semua yang cukup diberitahu oleh komentator”

Menerusi komennya itu juga, Mas Idayu turut menjangkakan video nya kali ini juga akan tular. Namun menurutnya, beliau marah bukanlah untuk memalukan mereka tetapi untuk mendidik mereka menjadi penyanyi yang bagus dan berkualiti. Sememangnya kini nama Mas Idayu cukup digeruni dan penyanyi yang terkena komen dari beliau, harap bersabarlah ya!

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*