Kenapa Mahathir Diam Apabila Gereja Jerussalem Dan Israel Penyokong DAP dan Anwar

Share This:

Menolak Pakatan Harapan dalam Pilihanraya 14 nanti adalah satu kewajiban  bagi umat Islam di Malaysia apabila banyak pembongkaran persengkokolan agenda Isreal dan penerimaan dana serta sokongan terhadap musuh Islam yang azali dilakukan  hanya kerana politik.

Islam serta umatnya amat dimusuhi oleh Yahudi Israel yang mana kita sendiri melihat pembantaian umat Islam dilakukan dengan kejam di Palestine.

Sekarang kita sedar terdapatnya pemimpin Pakatan Harapan telah menyatakan sokongan terhadap Israel secara senyap dan bersekutu bersama Israel untuk memastikan Islam dalam negara ini bukan sebagai agama yang dirahmati Allah dalam konsep kesamarataan dan liberal yang dibawa oleh  pemimpin Pakatan dari DAP dan PKR. Dimanakah Mahathir?

Pemimpin Pakatan telah berjaya mencairkan tindakan Mahathir sebelum ini  yang mana dkatakan sebagai “hero” dunia Islam  yang menentang Israel dan anti Yahudi. Mahathir dianggap musuh  politik barat  lantang menghentam kekejaman Israel.

Dengan kemasukan Mahathir ke dalam Pakatan sudah pastinya suaranya akan tengelam apabila pemimpin pakatan terutama DAP mula  keluar tanduk  untuk bebas menghentam Islam dan Melayu. Persoalannya sekarang, beranikah Mahathir bersuara seperti dahulu?

Mahathir seperti tikus menyorok dari kucing dan tidak mampu untuk bersuara dalam isu sokongan DAP yang menerima dana Israeal dan sokongan Anwar Ibrahim didalam The Annapolis Summit yang mengiktiraf Negara Israel melalui NGO barat yang dianggotainya.

Sudah pastinya dan sudah tentunya terdapatnya muslihat adan agenda tersendiri apabila Mahathir hanya mampu  tersenyum dan melopongkan mulut apabila mengetahui perkara ini dan tidak mampu bersuara.

Percaturan politik bagi Mahathir amat penting berbanding soal sokongan Israel atau masalah rakyat. Dia sendiri maklum dan berpengalaman hal ini selama 22 tahun. Namun disebalik kritikan lantangnya semasa dalam kerajaan. Kini Mahathir seperti kucing manja lakunya.

Mahathir, Anwar dan Kit Siang masing-masing ada masalah moral dan intergriti. Isu moral, maruah tidak menjadi kudis pada sesiapa yang ada didalam Pakatan Harapan. Semuanya ada masalah moral yang dilakukan secara terangan.

Paling hebat sekali ialah Anwar Ibrahim yang mana  sekarang sedang dipenjara  akibat perbuatannya meliwat pembantu peribadinya. Hukuman dijatuhkan selama 5 tahun di Penjara Sungai Buluh. Mahathir adalah orang yang bertanggung jawab dalam  memenjarakan Anwar Ibrahim ini.

Satu ketika dahulu, Anwar yang amat terkenal di luar Negara terus menuduh bahawa kerajaan yang  memerintah Malaysia adalah kerajaan yang mengamalkan sistem perundangan yang  tidak memberikan hak kepada rakyatnya melakukan  apa yang dikatakan hak asasi.

Perkara ini dapat dibuktikan apabila Anwar sendiri pernah berucap dalam satu temubual dengan Wall Street Journal, artikel bertajuk “Malaysia’s Anwar Presses On Despite Appel” pada 27 Januari 2012 mengulangi bahawa liwat adalah undang-undang lapuk dan akan meminda undang-undang tersebut. “Sodomy laws are archaic and could be amended” kata Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim mengatakan jangan menahan dan menghukum orang yang berorientasikan gay. “It is not my business to attack people or arrest people based on their sexual orientation,” kata Anwar Ibrahim. Ini satu pandangan yang liberal dan mengenepikan langsung batasan agama.

Jadi apakah dengan kehadiran Mahathir dan Kit Siang  satu desakan agar sistem perundangan yang dianggap lapok ini akan dibubarkan dengan sokongan penyokong yang dikatakan beragama Islam dan berbangsa Melayu.

DAP pula akan terus mengusik persoalan yang berkaitan dengan Islam. Sudah pastinya DAP akan mendapat sokongan dari Mahathir dan juga  Anwar serta penyokong masing-masing untuk bersama DAP sebagai tanda sokongan mereka.

Mereka mengelarkannya sebagai Pertembungan Peradaban, tetapi sebenarnya lebih tertumpu kepada”clash of religion” (pertembungan agama).  Benarkah semua ini? Ini merupakan persoalan yang cukup sensitif untuk diperkatakan.

Apa yang kita risaukan ialah bagaimana pengaruh  pertembungan ini menular didalam masyarakat majmuk yang mana mengamalkan budaya ketimuran serta anutan agama  masing-masing tanpa ada apa juga  desakan dan paksaan dari mana-mana agenda untuk memperbaharuinya.

Mari kita imbas kebelakang semula kenapa semua ini berlaku, Old Testament dikatakan satu perjanjian diantara tuhan Yahudi Israel yang mana  mengatakan bahawa Tuhan  telah berjanji memberikan tanah kepada Israel yahudi.

Jadi, tiada cara lain  untuk menjadikannya kenyataan ialah dengan membunuh umat Islam agar  “janji” tuhan mereka memberikan tanah akan terhasil. Jadi apakah tindakan ini mempunyai persamaannya di Malaysia? Jawapan yang paling tepat boleh dikatakan ialah  adalah benar dan ini sedang berlaku di Malaysia.

Kejayaan terbesar Pakatan Harapan ialah dapat membawa masuk  Mahathir ke dalam kelompok  pembangkang yang mana kita ketahui mempunyai hubungan rapat dengan Negara asing yang tidak mengiktiraf Islam dalam Negara ini.

Dua daripada pemimpin Pakatan Harapan adalah tonggak yang menyokong dan menerima dana dari Israel dan melindungi kepentingan bersama Israel. Jadi apakah kita tidak dapat meneliti secara tepat dan terperinci susur galur musuh Islam mahu membunuh komposisi Islam itu sendiri.

Dalam hal ini mungkin  kita tidak cuba untuk menjadi perkauman atau bias di sini. Tetapi itulah sejarah telah memberitahu kita sejauh ini tentang mana-mana negara yang diperintah oleh etnik minoriti.

The Greater Israel  adalah agenda untuk menubuhkan sebuah negara isreal yang sah , namun kemungkinan cita-cita ini tidak akan tercapai secara keseluruhannya bila  mana kawasan-kawasan yang “dijanjikan” oleh tuhan mereka ini meliputi seluruh kawasan yang di duduki oleh  orang  Islam.

Cerita persetujuan dengan Israel ini bukan baru, DAP juga  ada rangkaian bersama Israel, PKR juga ada rangkaian rapat dengan Israel. Apakah Mahathir yang dikatakan menentang Israel akan membantah tindakan kedua rakan karib barunya ini bersama Israel?

“The Annapolis Summit” yang mana telah dibuat pada 27 Novenber 2007 dimana  persetujuan untuk mengiktiraf negara Israel yang sah dilakukan. Didalam hal ini. Anwar Ibrahim ( menggunakan jawatan NGO nya di USA) telah menurunkan tandatangannya bersetuju dengan pembentukan negara Israel yang sah dengan memberikan kuasa wilayah  dan mengiktiraf  Masjidil Al Aqsa berada dibawah penguasaan Israel.

DAP pula dalam pendedahan yang dibuat oleh Mohamed Razali telah membongkar bahawa DAP telah menerima RM1.2 Billion dari penyumbang Israel untuk menghadapi Umat Islam di Malaysia serta menjatuhkan kerajaan dalam pilihanraya yang lalu.

Bukan itu sahaja, sokongan Jerussalen terhadap parti pembangkang ini dapat dilihat melalui klip video  yang telah dikeluarkan dimana penyokong Israel telah berdoa agar pihak pembangkang berjaya  menjatuhkan kerajaan Islam dalam Negara ini.

Menjelang Pilihanraya Umum ke-13, aktivis-aktivis Kristian di sebuah gereja Jerusalem berdoa untuk kemenangan Pakatan Rakyat di Malaysia.

Video bertajuk “Malaysia Prophecy from Jerusalem” dimuat turun oleh saluran youtube Karen Dunham pada 26 April 2013, kini telah ditonton seramai 22,392 pengunjung di seluruh dunia.

Sokongan gereja di Jerusalem ini mengesahkan pendedahan yang dilakukan oleh Ustaz Muhammad Amin Abdullah berkenaan dokumen yang beliau temui di Jerusalem pada penghujung tahun lalu yang bertulis “We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” (Kami dekri dan mengisytiharkan bahawasanya Malaysia akan menjadi sebuah ‘Negara Pelangi’).

Konsep negara ‘Rainbow Nation‘ bermaksud usaha untuk mewujudkan sama rata dalam agama di Malaysia dan Islam bukanlah agama Persekutuan seperti mana yang dipraktikkan sekarang ini.

“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”

Sudah nampak bukan, jika kita lihat secara rambangnya , tanpa persetujuan ahli politik di Malaysdia yang menerima dana dan menyatakan sokongan kepada Israel apakah  mereka yang berada di Israel sudah berani menyatakan pandangan dalam urusan Negara kita Malaysia.

Sudah pastinya  pendedahan  The Washington Note dan  Mohamed Razali  mengenai penglibatan Anwar Ibrahim dan DAP bersama Israel itu ada kebenarannya.

Justeru itu dalam organisasi Pakatan yang baru telah melantik Anwar Ibrahim sebagai bakal dicalunkan sebagai Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan memenangi PRU akan datang adalah sebagai pelengkap puzzle yang dicipta oleh barat.

Puzzle yang telah tersedia  cuma memerlukan implimentasikan kepada kejadian yang sebenarnya. Bagaimana puzzle ini berlaku. Ini adalah kerana  mengikut kalender penjajahan alaf baru Semenanjung  yang menganjur ke Tenggara adalah Negara paling terakhir untuk didoktrinkan oleh barat.

Menurut perancangan yang telah dikeluarkan sememangnya Anwar adalah calun pilihan, Ini adalah berdasarkan  sumber yang telah dikeluarkan pada tahun 2004 yang lalu. Sebagaiman yang dicatatkan PAS sudahpun menjadi mangsa.

Kini giliran PPBM dan Anwar pula yang akan dipergunakan oleh percaturan barat demi untuk memastikan Malaysia adalah sebuah Negara yang mengamalkan dasar Liberal dan Pluralisme  sebagaimana diimpikan barat.

Setelah DAP memenangi Pulau Pinang, Pemimpin PAS dan PKR telah disingkirkan dari barisan kepimpinan negeri yang diketuai oleh DAP. Kesemua perancangan ini adalah dirancang untuk memastikan Anwar Ibrahim menjadi perdana Menteri.

Selepas itu Anwar  hanya akan bertahan selama dua tahun dan pada ketika ini dia akan disabitkan dengan salah laku berserta bukti yang ada ditangan peguam DAP. Disini akan berakhirnya era Melayu yang menduduki  kerusi Perdana Menteri.

“Due to our own stupidity we will have the first ever non-Malay Prime Minister. Secularism and separation of faith from governance will be initiated with the 2/3 Majority to amend the article 3(1) of the Constitution regarding Islam as official religion and due to secularism everywhere, our children will be tempted to worldly demands.”

Bukan kah perkara ini telah dihuraikan dan diminta oleh DAP dan proses penentangannya dilakukan dengan penghinaan  demi penghinaan terhadap Islam dan mempertikaikan  segalanya termasuk tuntutan kebebasan memilih agama yang dilancarkan oleh  IFC?

Masih lagi tidak nampak.?  Dalam hal ini mungkin  kita tidak cuba untuk menjadi perkauman atau bias di sini. Tetapi itulah sejarah telah memberitahu kita sejauh ini tentang mana-mana negara yang diperintah oleh etnik minoriti.

Dan tidak ada penjelasan yang munasabah kepadanya. Ia hanya kecenderungan manusia yang tulen untuk memberontak terhadap mereka yang dilihatnya bertanggungjawab untuk mengambil alih haknya. Tidak ada gunanya berhujah mengenainya. Ini semata-mata bagaimana orang berfikir apabila mereka menguasai jumlah tetapi bukan tadbir urus.

  • pru14.tv

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*