Jalan Qinzhou Bukti Kerjasama Malaysia-China

Share This:

 

Tidak menjadi masalah mengenai jalan ditukar nama dan perkara ini  adalah benar yang mengatakan Jalan Gebeng di Kuantan telah bertukar nama kepada Jalan Qinzhou.

 

Menurut sumber, ini selaras dengan persetujuan Bandaraya Persahabatan yang ditandatangan tahun 2015 antara bandar Kuantan dan bandar Qinzhou, China.

 

Satu jalan di Bandar Qinzhou juga bertukar nama sebagai Jalan Kuantan.

 

Ini berikutan pelaburan negara China di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) di Kuantan, Malaysia dan pelaburan negara Malaysia di Taman Industri Qinzhou China-Malaysia (CMQIP) di bandar Qinzhou, China.

 

Sehingga Mei 2017, CMQIP sudah menarik pelaburan 30 bilion yuan (RM19.3bil).

 

Jangan senang ditipu oleh pembangkang. Projek bandar berkembar dan projek pelaburan bersama di dua-dua bandar ini banyak menguntungkan Malaysia juga dan juga sebagai bukti usaha sama negara Malaysia dan China.

 

Apa salahnya jika mereka melabur dengan negara Malaysia,tukar nama jalan.Malah nama jalan di sana juga ditukar dengan nama di negara Malaysia dan ia menjadi satu tanda usaha sama antara Malaysia dan China.

 

 

 

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*