Ingatkan Miley Cyrus Tayang Baby Bump, Rupanya Perut Buncit

Share This:

Gara-gara sekeping gambar yang dimuat naik di ruangan Instagram, Miley Cyrus telah mengundang pelbagai spekulasi dari peminat seluruh dunia.


Dalam gambar tersebut, penyanyi dan pelakon terkenal ini bergambar dengan memakai baju berwarna kelabu.


Bukan itu yang menjadi perhatian, sebaliknya perutnya yang kelihatan buncit menyebabkan ramai yang menyangka Miley sedang hamil!

Menurut Hollywood Life, ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah untuknya yang hamil anak pertama.


Walau bagaimanapun, Miley menafikan apa yang diperkatakan dan tampil memberi penjelasan.


“Saya tidak hamil, perut besar sebab makan ayam belanda sempena sambutan hari kesyukuran.”


Sebelum ini Miley dilaporkan sudah berkahwin secara senyap-senyap dengan kekasihnya, Liam Hemsworth di Malibu.


Sampai hari ini masih belum ada lagi pengesahan dari mereka.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*