Dirogol Bapa Tiri 10 Kali Sehari, Budak 9 Tahun Kini Hamil 5 Bulan

Share This:

Jenayah rogol kanak-kanak di seluruh dunia semakin tidak terkawal dan bertambah kritikal.


Terbaru, Mirror melaporkan kanak-kanak berusia 9 tahun kini hamil lima bulan selepas dirogol bapa tirinya.


Kehamilannya hanya diketahui ibu mangsa ketika dia menyedari perut anaknya membusung, lalu membawanya ke pusat perubatan persendirian dan doktor mengesahkan dia sedang hamil lima bulan.


Betapa terkejutnya ibu mangsa apabila mendapati anaknya dirogol suaminya sendiri.



Foto: Mirror



Lebih mengejutkan, kanak-kanak itu terpaksa memuaskan ‘nafsu’ suspek ketika penghuni lain tiada di rumah sehingga 10 kali sehari.


Bagaimanapun, bapa tiri mangsa sudah melarikan diri dari rumah mereka di Ventanilla, Callao, Peru. Sehingga kini, dia masih gagal dikesan.


Keluarga mangsa memohon agar suspek diberi hukuman paling berat selain meminta bantuan kewangan untuk sokongan undang-undang dan psikologi yang akan diperlukan beberapa bulan mendatang. 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*