Buat Tuduhan Tanpa Fakta, Wan Azizah Sedang Berlatih Jadi Rafizi Ramli

Share This:

Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail nampaknya sedang belajar hendak jadi seperti Naib Presidennya, Rafizi Ramli membuat tuduhan palsu dan salah berkaitan wang atau kira-kira mungkin hendak ambil alih peranan itu selepas Rafizi dimasukkan ke penjara nanti.

Beberapa hari lepas Wan Azizah yang juga Presiden PKR membuat dakwaan bahawa gaji yang dibayar kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KMM) adalah lebih tinggi dari gaji seorang Menteri Persekutuan adalah tidak tepat dan salah.

Seperti Rafizi yang merupakan Ahli Parlimen PKR-Pandan, Wan Azizah tidak membuat kajian dan meneliti fakta terlebih dahulu.

“Gaji KP Jasa adalah di bawah tajuk VU5 bukan VU7 (RM20,592) seperti yang didakwa oleh Wan Azizah. Gaji KP Jasa sekarang di bawah tajuk VU5 adalah sebanyak RM19, 398.

“Namun, gaji KP Jasa dibayar secara ‘Lump Sum’, ini bermakna tidak boleh claim elaun lain seperti keraian, perumahan, cola, insentif khas, pembantu rumah, elaun tetap jawatan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan elaun penyelenggaraan rumah dan lain-lain,” katanya seperti dilaporkan dalam portal Agendadaily, hari ini.

Kata sumber itu, gaji Menteri sebanyak RM14 ribu yang disebut oleh Wan Azizah itu merupakan ‘gaji pokok’ yang tidak termasuk elaun dan tuntutan (claim) lain.

“Kalau dicampurkan dengan elaun-elaun lain jumlah gaji Menteri lebih kurang RM38 ribu,” katanya.

Selain itu, Ketua Pengarah JASA menerima gaji secara bayar sekaligus kerana beliau menjawat jawatan pegawai ‘Contract for Service’ bukannya “of Service”.

“Pegawai JUSA A “contract of service” turut layak menerima beberapa elaun seperti menteri tetapi tidak kepada pegawai “Contract for Service” seperti Ketua Pengarah JASA sekarang.

“Wan Azizah mungkin tidak tahu bahawa gaji pokok di bawah VU5 (JUSA A) adalah RM9,038 (minimum) dan RM24,465 (maksimum) tidak termasuk elaun elaun lain berjumlah hampir RM12,000.

“Wan Azizah sepatutnya tanya kenapa gaji pokok Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Saifuddin Nasution menerima RM12 ribu iaitu lebih tinggi daripada gaji pokok wakil rakyat Pulau Pinang sebanyak RM11,250,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Wan Azizah yang mempersoalkan gaji Ketua Pengarah JASA lebih tinggi daripada menteri persekutuan ketika membahaskan belanjawan bagi KKM di Dewan Rakyat.

Beliau turut mempersoalkan apakah tugas istimewa yang dipertanggungjawabkan kepada KP Jasa sehingga menerima gaji lebih daripada Menteri.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*