#Banjir Terengganu: Mangsa Pertama Banjir ,Kanak-kanak Usia 12 Tahun Ditemui Mati Lemas

Share This:

 

 

Kejadian lemas seorang kanak-kanak berusia 12 tahun pagi tadi yang berlaku di Sungai Kampung Tok Hakim, Bukit Payung dikatakan ditemui oleh beberapa pasukan  Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu selepas misi pencarian dilakukan berikutan menerima aduan berkaitan kejadian tersebut.

 

Menurut laporan Komander Operasi PBK II Wan Azamani Wan Hamzah, mangsa seorang kanak-kanak lelaki berusi 12 tahun dipercayai lemas ketika mandi bersama rakan-rakan di sungai tersebut.

 

Katanya, ketika mangsa dan 2 rakan yang lain sedang mandi di kawasan berkenaan Mohamad Asraf Mohd Zamri dipercayai lemas dan seorang lagi selamat.

 

Pihak BOMBA bersama 11 anggota melakukan operasi dan menyelamat dikawasan sungai berkenaan.

 

Menurut sumber,mangsa, Khalid Awalid Juzaiman, 12, sebelum itu dikatakan bermain air di kawasan berhampiran bersama rakannya berikutan lokasi itu dilimpahi air akibat hujan lebat kira-kira jam 9.30 pagi.

 

 

 Sementara itu, JBPM Terengganu dalam satu kenyataan dikeluarkan menasihatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak masing-masing dan melarang sama sekali untuk bermain atau mandi di sungai atau kawasan dinaiki air kerana arus kuat yang dibawa boleh memudaratkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

sumber :terengganutimes

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*