Atuk Durjana Cabul 3 Cucu

Share This:

Tua kutuk tak sedar diri! Lelaki berusia 84 tahun ditahan polis kerana disyaki mencabul tiga cucu perempuannya.

Memetik Harian Metro, kejadian berlaku di kediaman di sekitar Bandar Bukit Raja dan difahamkan, suspek sering ke rumah mangsa kerana tinggal bersendirian di sekitar Klang.

Suspek dikatakan mula mencabul seorang daripada cucunya yang berusia 10 tahun sejak empat tahun lalu ketika ibu bapa mereka tiada di rumah.

Kegiatan terkutuk suspek terbongkar apabila kanak-kanak malang itu menceritakan perkara berkenaan kepada ibu tirinya, 38, pada 1.45 pagi, kelmarin.

Menurut sumber, suspek sering memegang dan meraba kemaluan mangsa sejak dia berusia enam tahun.

Sementara itu, dua lagi kakaknya yang berusia belasan tahun turut menjadi mangsa cabul suspek di rumah sama, namun merahsiakannya kerana takut dimarahi.

Kira-kira jam 7.30 petang kelmarin, pasangan suami isteri berkenaan bersemuka dengan suspek yang menafikan kegiatannya itu, lalu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut, kata sumber.

Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk pemeriksaan lanjut.

Suspek ditahan petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*