Amiruddin Lebih gentleman dari Mahfuz

Share This:

AHLI Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar masih lagi berada dalam parti PAS namun tindak tanduk beliau lebih mirip kepada Parti Amanah Rakyat(PAN). Beliau dilihat membangkang dan mengkritik PAS.

Berlainan pula reaksi beliau terhadap DAP. Mahfuz kerap  menyokong serta memuji segala yang berkaitan dengan DAP. Oleh itu, tidak hairan lah mengapa parti PAS menganggap Mahfuz sebagai gunting dalam lipatan.

Berikutan dengan keputusan ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah menyertai parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PAS melihat beliau sebagai seorang ‘gentleman’, menurut Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Malah, bagi timbalan menteri besar Kelantan itu, penyertaan Amiruddin dalam PPBM adalah lebih baik untuk PAS.

PAS membandingkan Amiruddin dengan Mahfuz yang duduk dalam PAS tetapi merosakan parti tersebut.

Baru-baru ini Amiruddin yang juga ketua pembangkang DUN Kedah dilaporkan keluar daripada PAS dengan menyertai PPBM. Sebelum itu beliau dilihat lebih cenderung terhadap parti serpihan PAS iaitu PAN.

Dalam konvensyen tahunan PAN baru-baru ini, selain Amiruddin, Mahfuz dan ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa turut hadir walaupun sehingga kini Mahfuz dan Nasir masih kekal sebagai ahli PAS.

Mungkinkah baiah talak tiga yang dilafazkan oleh ADUN-ADUN PAS menjadi penyebab utama Mahfuz dan Nasir enggan melompat parti lagi? Kini PAS dilihat mendukung biawak hidup apabila dua ADUN mereka ini masih berada di dalam PAS dan merosakkan parti itu dari dalam.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*