“Uqasha Tak Seksi, Ia Aset Kurniaan Tuhan,”- Kekasih

Share This:

Tak habis-habis dikecam, kekasih Uqasha Senrose tampil ke hadapan untuk membelanya.


Hefny Sahad dalam satu kenyataan pada Kosmo berkata, dia enggan ambil pusing tentang kata-kata netizen yang mengecam penampilan Uqasha.


Semuanya bermula bila pelakon wanita jelita memuat naik gambar dia memakai busana hijau,didakwa menampakkan bentuk badannya dan aset-aset yang tidak sepatutnya.



Foto: IG Uqasha Senrose

Sekaligus mengundang pelbagai kritikan negatif, sampai ada yang meminta Uqasha untuk simpan sedikit untuk suami.


“Pada saya baju yang dipakai Uqasha tidaklah terlalu seksi atau terdedah sana sini, mungkin menampakkan bentuk badannya sahaja. Begitu pun, ia merupakan aset yang dikurniakan Tuhan untuknya.

“Artis memang akan menjadi perhatian masyarakat, jadi kita tidak boleh menutup mulut orang. Buat baik pun tetap akan dikecam. Saya tidak mahu memanjangkan hal ini, berilah komen apa sahaja, moga mereka diberi ketenangan suatu hari nanti,” katanya.

Foto: Instagram

Sebagai kekasih, Hefny sentiasa beri kata-kata semangat untuk Uqasha agar tidak tertekan.


“Saya yakin Uqasha sudah cukup matang untuk menghadapi tekanan sebegini kerana ia bukan pertama kali berlaku kepadanya. Saya memang selalu menenangkan keadaan dan memberi semangat kepadanya, cuma sebagai manusia biasa tentulah wujud perasaan tertekan dengan segala kritikan yang diterima.

“Pada saya perkara itu tidak bagus, cuba letakkan orang yang mengecam di tempat Uqasha. Saya tidak mahu hal ini terus berpanjangan kerana ramai lagi artis yang berpakaian seksi. Mungkin selepas ini kami cari pakaian yang bersaiz besar supaya tidak nampak segala yang tidak bersesuaian,” tambahnya.


Wah, nampak gayanya sayang sungguh Hefny kepada Uqasha. Semoga hubungan pasangan ini kekal hendaknya. 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*