Tiada Apa Yang Memeranjatkan Tentang Pengakuan Siti Hasmah

Share This:

Hujung minggu lalu, hangat diperkatakan tentang pengakuan Tun Dr Siti Hasmah tentang larangan suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertudung walaupun Siti Hasmah mengaku bahawa dia teringin untuk melakukannya. Kenyataan ini dikeluarkan ketika dia diminta mengulas tentang isu larangan bertudung yang dibuat oleh salah sebuah hotel bertataf antarabangsa terhadap staf kaunter hadapan hotel berkenaan.

Apa yang menariknya, sehingga kini, Mahathir langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh isterinya ini. Melihat kepada apa yang berlaku, sebenarnya, apa yang didedahkan oleh Siti Hasmah ini langsung tidak mengejutkan malah ianya dilihat seperti menjerat leher Mahathir dan Siti Hasmah sendiri.

Manakan tidak, jika kita lihat pelbagai pendedahan yang dilakukan oleh anak dan cucu Mahathir sendiri sudah memperlihatkan bagaimana corak kehidupan keluarga Pengerusi PPBM itu sendiri. Bukan satu perkara yang menghairankan apabila melihat cara kehidupan cucu-cucu Mahathir itu sendiri yang begitu gah menayang kekayaan sehingga ada diantaranya secara terang-terangan melanggar batas agama.

Sebagai contoh, salah seorang cucu Mahathir begitu gah mengeluarkan gambarnya berpelukan dengan dua ekor anjing yang telah menjadi tular baru-baru ini. Itu belum lagi deretan gambar yang menampakkan betapa sosialnya cucu-cucu Mahathir yang ada diantaranya dilihat menjolok mata.

Dikalangan anak-anak mahupun anak-anak angkat Mahathir, kesongsangan hidup mereka juga tanpa segan silu dipaparkan kepada masyarakat. Marina sebagai contoh, secara terang-terangan memperjuangkan hak kebebasan bersuara dan hak liberal yang dilihat bertentangan sama sekali dengan norma kehidupan seorang Muslim yang baik.

Anak-anak angkat Mahathir juga tidak kurang hebatnya. Sehingga kini, dua orang anak-anak angkat Mahathir dikesan telahpun mengamalkan kehidupan LGBT dengan seorang daripadanya sudah berani memperjuangkan hak kebebasan lesbian dan seorang lagi begitu berbangga dengan kehidupan ala-ala gay.

Malah, Mahathir sendiri semasa masih berkuasa kerap kali mengeluarkan kenyataan yang di lihat secara tidak langsung mempersendakan agama. Dalam isu tudung dan purdah, Mahathir pernah berkata, wanita Arab dahulu terpaksa mengenakan purdah kerana dikatakan pada ketika itu, lelaki-lelaki Arab amat gilakan seks.

Walhal, kenyataannya adalah, selain daripada menutup aurat, wanita-wanita arab juga menutup hampir keseluruhan tubuh dan wajah mereka bagi mengelak ribut pasir ataupun cuaca berangin yang boleh menerbangkan pasir. Itu belum lagi mengambil kira penghinaan Mahathir terhadap hukum hudud dan qisas yang sehingga kini menjadi buah mulut di kalangan penyokong dan pemimpin PAS.

Akibat komen Mahathir sebeginilah PAS menganggap UMNO adalah parti kafir seperti mana kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat satu ketika dahulu.

Justeru, untuk menyatakan apa yang diluahkan oleh Siti Hasmah ini sebagai satu kenyataan yang mengejutkan, bagi mereka yang mengikuti perjalanan dan kenyataan politik oleh Mahathir, ianya memang bukan satu perkara yang mengejutkan. Sudah terlalu lama Mahathir mempersendakan kemuliaan Islam dan apa yang didedahkan oleh Siti Hasmah ini hanyalah sebahagian daripada sejarah panjang penghinaan Mahathir terhadap agama Islam itu sendiri.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*