Telan Racun Rumpai Kerana Tertekan Dengan Hutang Pengajian

Share This:

Seorang wanita ditemui anak lelakinya berusia 11 tahun terbaring berhampiran stor dalam keadaan mulut berbuih selepas meneguk racun rumpai.

 
Memetik Harian Metro, kejadian berlaku di rumahnya di Simpang Durian, Jelebu, Sabtu lalu.
 
“Sehubungan itu, anak wanita terbabit memberitahu neneknya mengenai kejadian berkenaan. Wanita itu kemudian menghubungi menantunya,” kata Ketua Polis Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal.
 
Tambahnya, ketika kejadian, suami wanita berusia 44 tahun itu berada di Kuala Pilah. Sebaik dimaklumkan, dia bergegas pulang ke rumah dan membawa isterinya ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.
 

“Berdasarkan siasatan, wanita ini dikatakan kemurungan di samping tertekan selepas diminta menjelaskan hutang pengajian. Dia kini dalam keadaan stabil,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*