Sepatutnya Melayu Dan Bumiputera Bersyukur Masih Mempunyai UiTM

Share This:

Satu ketika dahulu, sewaktu negara masih belum mengecapi kemerdekaan, ramai dikalangan anak-anak Melayu yang berjaya di dalam pelajaran, mengalami kesukaran untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Satu-satunya pilihan yang ada adalah memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya yang pada ketika itu beroperasi di Singapura dan diselia oleh penjajah Inggeris.

Menyedari akan hakikat negara perlu melahirkan ramai bijak pandai lepasan Universiti, maka timbullah idea untuk mewujudkan satu institut khas untuk kaum bumiputera melanjutkan pelajaran mereka yang mana modul pembelajaran mirip seperti yang dilaksanakan di Universiti Malaya.

Maka, pada tahun 1956, wujudlah RIDA (Rural & Industrial Development Authority), satu institut yang menjadikan anak-anak luar bandar dari kaum Bumiputera melanjutkan pelajaran mereka. Diawal pembukaannya, seramai 50 orang pelajar pertama berjaya diserapkan ke RIDA dan sejak dari hari itu, RIDA terus berkembang sehingga dijenamakan semula sebagai Institut Teknologi Mara (ITM).

Apa yang menariknya, RIDA ini di tubuhkan hasil daripada idea Datuk Onn Jaafar yang mahu melihat ramai anak muda Bumiputera menerima pendidikan peringkat tertinggi hasil daripada perjuangan yang dilakukan oleh UMNO, 10 tahun sebelumnya. Maka, sebaik menerima kemasukan 50 orang terawal ini, apa yang diharapkan, taraf pendidikan kaum Bumiputera akan meningkat dengan sendirinya.

20 tahun berlalu dan RIDA di kembangkan menjadi sebuah institut sebelum ianya mengalami satu lagi transformasi apabila dinaik taraf sebagai universiti pada tahun 1999. Sejak dari awal penubuhan sehinggalah dinaiktaraf sebagai universiti, UiTM tidak pernah walau sekalipun gagal melahirkan bijak pandai dari kaum bumiputera sehingga hari ini.

Hari ini, ramai yang memperkatakan, erti sebenar kata-kata yang diluahkan oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung perkataan “slow leaner” yang dikaitkan dengan UiTM. Ramai yang mendakwa, Datuk Seri Tengku Adnan menghina taraf kelulusan pelajar UiTM malah ada yang lebih ekstrim mendakwa beliau menghina taraf pendidikan kaum Bumiputera itu sendiri.

Apa yang harus mereka faham akan maksud beliau ini adalah, beliau tidak pernah menghina taraf lulusan UiTM mahupun taraf pendidikan kaum bumiputera itu sendiri. Apa yang harus kita fahami adalah, konteks yang jauh lebih besar dari erti “slow leaner” berkenaan.

Hari ini, mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa anak-anak kaum bumiputera terutamanya kaum Melayu sering ketinggalan dengan anak-anak dari kaum lain terutamanya Bahasa Melayu, bahasa yang menjadi pertuturan setiap hari. Bagi kebanyakan IPTA mahupun IPTS, lulus dengan cemerlang dalam Bahasa Melayu adalah salah satu kreteria utama yang dititik beratkan sebelum diterima menjadi pelajar di IPTA ataupun IPTS berkenaan.

Selain itu, antara kreteria lain yang harus diutamakan adalah Bahasa Inggeris yang mana subjek ini seringkali menyaksikan anak-anak kaum Bumiputera ketinggalan. Walaupun kreteria pengambilan pelajar ke UiTM hampir sama dengan kebanyakan IPTA dan IPTS yang lain, masih terdapat kelonggaran buat pelajar bumiputera ini melanjutkan pelajaran.

Dengan syarat, pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke UiTM perlu mempunyai dan lulus sijil MUET (Malaysia University English Test). Oleh yang demikian, bagi mereka yang agak ketinggalan atau tidak diterima masuk ke IPTA atau IPTS yang lain, UiTM masih menyediakan tempat buat anak-anak bumiputera meneruskan pengajian mereka walaupun keputusan yang mereka perolehi sebelum ini, bukan dikategorikan sebagai amat cemerlang.

Nampaknya, apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pemimpin UMNO ataupun Barisan Nasional, jika ada sebarang ruang untuk mereka manipulasikan, mereka pasti akan lakukan. Inilah nasib yang diterima oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini sehinggakan mereka terlupa bahawa orang-orang Melayu dan bumiputera perlu bersyukur bahawa kerajaan hari ini masih memayungi dan memelihara kewujudan UiTM di dalam pengajian tinggi.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*