Ribuan Orang Beratur Di KLIA Naik Penerbangan Bercuti Ke Luar Negara

Share This:

Viral di media sosial hari ini apabila ada gambar beratur panjang di kaunter imigresen perlepasan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Sekali pandang, sudah pasti rakyat akan berasa kagum dan cemburu kerana begitu ramai rakyat Malaysia mampu untuk bercuti di luar negara menaiki kapal terbang, satu pemandangan yang tidak pernah dilihat pada sekitar 80-an dan juga 90-an, ianya mula menunjukkan peningkatan ketara pada selepas 2009 selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri.

Selepas kewujudan syarikat penerbangan Air Asia dulu, terminal yang dikenali dengan nama LCCT begitu ramai orang kerana ketika ada Air Asia semua orang mampu menaiki kapal terbang kerana tambangnya murah.

Kini, apabila rakyat mula menikmati pendapatan yang lebih baik dengan usaha kerajaan meningkatkan martabat rakyat menunjukkan hasil yang lebih berkesan, rakyat sudah mula mampu melancong dan bercuti dengan menggunakan khidmat penerbangan Malaysia Airlines (MAB).

Oleh sebab itu, di KLIA begitu ramai yang beratur hendak berlepas ke luar negara untuk bercuti.

Ada pengguna media sosial pernah berkata, pada waktu cuti sekolah di Malaysia tempahan tiket ke lokasi di negara Eropah seperti London dan Paris menggunakan MAS sudah pun habis terjual oleh rakyat Malaysia yang mahu merasakan pengalaman bercuti di sana. Kalau dulu, London dan Paris hanyalah destinasi bercuti untuk orang-orang kaya.

Kini, pelajar universiti pun sudah mampu berkali-kali ke lokasi itu dibantu oleh mak bapak yang berduit sikit hasil banyak kemudahan dan insentif yang banyak pada zaman Najib.

Ada macai yang cuba hendak burukkan juga kerajaan dengan mengatakan bahawa ini adalah kerana penerbangan yang banyak dibatalkan untuk ke Bali, Indonesia ekoran letusan gunung berapi Agung di sana.

Persoalannya, jika benar pun ramai juga rakyat negara ini sudah mampu untuk membelanjakan wang mereka untuk membeli tiket penerbangan dengan MAS ke Bali walaupun dulu, tiket MAS dikatakan mahal berbanding tiket Air Asia yang lebih murah. Pembangkang mahu menolak sama sekali hakikat Malaysia sudah menjadi tersangat baik dek pembangunan yang dilakar oleh Barisan Nasional (BN).

Hasil perancangan yang jitu, perlaksanaan projek yang pantas dan tepat serta bajet yang menyeluruh, pertumbuhan ekonomi Malaysia pasti tidak mempunyai masalah untuk kekal berdaya saing di peringkat global untuk berpuluh tahun lagi akan datang.

Bagi pakatan mereka akan tetap memburukkan keadaan ekonomi negara biarpun dalam keadaan stabil kerana semakin rakyat membenci kerajaan, mereka menyangkakan mereka akan semakin menjadi perhatian dan pilihan rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti tetapi mereka silap sebenarnya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*