PM Najib Umum Tempoh Mohon Dan Kemaskini BR1M Bermula Hari Ini

Share This:

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sudah memaklumkan kepada semua orang yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk mula memohon dan mengemaskini maklumat mereka dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri bermula hari ini hingga akhir bulan depan.

Beliau memaklumkan perkara itu di laman Twitternya.

“Kepada yang layak, jangan lupa mohon dan kemas kini #BR1M2018 untuk dapatkan pembayaran sehingga RM1,200 bermula hari ini hingga 31 Disember 2017,” kata Najib.

Selain beliau, Jemaah Menteri yang lain turut tweet perkara yang sama supaya rakyat dari segenap lapisan di seluruh negara tahu bahawa hari ini adalah tarikh bermulanya tempoh permohonan mendapatkan BR1M.

Untuk makluman, syarakat kelayan untuk menerima BR1M ialah orang berkenaan mestilah warganegara Malaysia yang menetap di negara ini sahaja.

Kemudian, dia hendaklah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah atau ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.

Warga emas sebarang kara berumur 60 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.

Akhir sekali, bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Semua rakyat yang layak perlu ambil perhatian perkara ini seterusnya mengambil langkah memohon BR1M supaya tidak ketinggalan apabila tarikh memohon sudah ditutup nanti.

Pada tahun ini, Najib berkata ada seramai 7 juta rakyat Malaysia telah menerima manfaat daripada BR1M seperti yang diumumkan dalam pembentangan bajet pada tahun lepas.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan berkenaan tentunya dapat membantu penerima yang berkelayakan dalam menangani kos sara hidup.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*