Mutu Permainan Man United Semakin Menghampakan

Share This:

MANCHESTER United memerlukan serangan balik daripada Ashley Young untuk menyingkirkan Brighton ketika beraksi di Old Trafford – selepas persembahan yang tidak menonjol dipamerkan oleh pasukan pimpinan Jose Mourinho itu.

Gol pertama Young pada musim ini tiba pada minit ke-66 ketika menentang Brighton 1-0, United turut menghimpit rapat pasukan di kedudukan nombor satu Liga Perdana Inggeris, Manchester City dengan meraih lima mata.

“Ia boleh menjadi gol yang sangat penting. Jika kami benar-benar jujur, kami akui tidak bermain dengan sebaik mungkin.

“Pada babak kedua tidak begitu buruk, tapi masih belum berada di tahap yang kami pernah pamerkan,” kata Young.

Sebelum perlawanan, Jose Mourinho menyangkal dakwaan United yang kurangan bersemangat ketika berada di bawah pimpinannya sewaktu beraksi di laman sendiri.

Mourinho kemudiannya menunjukkan barisan penyerang yang telah dipilihnya pada musim ini.

Selepas itu, bos United tersebut mengakui pasukannya bernasib baik untuk menang, memilih taktik yang memberi tumpuan kepada kekuatan lawan dan bukannya menghadapi kelemahan pihaknya sendiri. – Mirror

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*