Merajuk Kena Marah Dengan Emak, Budak 8 Tahun Terjun Bangunan

Share This:

Hanya kerana merajuk selepas dimarahi ibunya, kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun bertindak terjun dari tingkat sembilan sebuah apartmen sehingga meragut nyawanya.

 
Memetik Sinar Harian, kejadian berlaku di Blok E Apartment Greenfield Regancy, Tampoi, Johor Bahru, Jumaat lalu.
 
 
 
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad mengesahkan kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu.
 
“Siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa yang merajuk dan mengurung diri di dalam bilik akibat ditegur ibunya kerana buat bising di rumah.
 
“Bagaimanapun, ibunya tidak menyangka tindakannya itu menyebabkan anaknya nekad terjun dari tingkap rumah,” katanya hari ini.
 

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Susulan itu, siasatan lanjut akan diteruskan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*