Lukaku Bakal Digantung

Share This:

ROMELU Lukaku boleh terlepas ‘derby’ Manchester pada bulan depan sekiranya Persekutuan Bola Sepak (FA) memutuskan untuk menghukum penyerang itu kerana menendang Gaetan Bong.

Terdapat bukti daripada rakaman video menunjukkan penyerang Manchester United itu menendang pemain pertahanan Brighton tersebut sebanyak dua kali di pangkal paha.

Kejadian itu tidak disedari oleh pengadil Neil Swarbrick, tetapi FA telah campur tangan sekaligus membuatkan Lukaku berisiko untuk tidak ke Arsenal dan Old Trafford dalam perlawanan menentang Manchester City.

FA akan mengkaji semula nota Swarbrick, tetapi telah melihat rakaman awal insiden itu.

Lebih banyak video akan disemak sebelum menentukan sama ada tindakan perlu diambil terhadap penyerang kelahiran Belgium itu. – Metro

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*