Kisah Lelaki Dalam Surah Yasin Yang Dikatakan “Masih Hidup”

Share This:

 

 

Kisah lelaki dalam surah Yasin yang dikatakan tetap “hidup” menasihati kaumnya walaupun selepas meninggal dunia. Allah berfirman:

 

Menurut sumber,”(Setelah dia mati) lalu dikatakan kepadanya: ” Masuklah ke dalam syurga.” Dia berkata: Alangkah baiknya seandainya kaumku mengetahui tentang perkara yang menyebabkan aku diampunkan oleh tuhanku, serta dijadikannya aku dalam kalangan orang yang dimuliakan.” Surah Yasin 36:26-27.

 

Menurut para ulama tafsir, pemuda tersebut ialah Habib al-Najjar. Semasa hidup, beliau membantu para utusan Allah untuk berdakwah, namun beliau mati dibunuh kaumnya setelah mengisytiharkan keimanannya. Selepas masuk ke alam Barzakh, beliau masih berharap dapat menasihati kaumnya.

 

Ketika ayat ini dikatakan diulas dalam Tafsir Ibn Kathir, dinyatakan bahawa Abdullah Ibn ‘ Abbas berkata: “Beliau tetap menasihati kaumnya ketika masih hidup dan selepas mati.”

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*