Jatuhkah Talak Ke atas Isteri ADUN Anak Bukit?

Share This:

ADAKAH telah jatuh talak 3 ke atas isteri ADUN PAS Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah yang juga ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah apabila beliau melompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM)?

Amiruddin diingatkan tentang baiah oleh kepimpinan PAS, sebaik selepas beliau mengumumkan menyertai PPBM. Ingatan itu disampaikan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Wakil rakyat PAS, sama ada di peringkat DUN mahupun Parlimen, dikatakan perlu membuat baiah yang perkahwinan mereka akan jatuh talak jika mereka meninggalkan PAS.

Amiruddin dalam sidang media bersama Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan pimpinan BERSATU Kedah petang tadi mengumumkan penyertaannya ke parti itu secara rasmi.

ADUN Anak Bukit dikatakan secara terang-terang menganjurkan aktiviti bersama Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Malah Amiruddin menghadiri konvensyen tahunan Parti Amanah Negara (PAN) di Kedah baru-baru ini. Beliau merupakan pengganti Allahyarham Datuk Fadzil Noor di DUN itu, selepas menang dalam pilihan raya kecil 2002 susulan kematian bekas presiden PAS itu.

Dalam perkara ini, Amiruddin perlu merujuk kepada para ulamak mengenai status terkini perkahwinan beliau. Lafaz Baiah cerai tersebut bukan sesuatu perkara yang boleh dijadikan permainan. Ini melibatkan hukum halal haram dan kesinambungan keturunan beliau juga.

Menurut Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni Naib Presiden Isma, penyelesaian terbaik daripada segala implikasi bai’ah ta’liq talak tiga ini adalah mereka yang ingin melompat keluar PAS, letak jawatan ahli DUN/Parlimen terlebih dahulu sebelum lompat parti. Ada peluang baik, bertanding semula atas tiket parti baru itu dan menang. Peluang tak baik, bertanding dan kalah. Tapi yang penting adalah tak bercerai di usia senja atau masuk dalam keraguan wati’ syubhah sepanjang umur.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*