Fathia Tidak Serik?

Share This:

 

Nampaknya Fathia seolah-olah tidak serik dan tidak berdiam diri apabila seolah-olah cuba mempersendakan pemimpin.

 

Sebelum ini, sebuah produksi drama dikatakan pernah memberhentikan Fathia Latiff dari berlakon dalam sebuah drama susulan isu wanita itu dikatakan muncul lewat ke lokasi penggambaran dengan keadaan tidak terurus.

 

Ada sahaja isu yang beliau akan timbulkan bermula daripada harga minyak yang naik seolah-olah tidak bersyukur.

 

Menurut sumber,ramai pengikut yang kecewa dan secara sinis menyarankan agar Fathia membuat kajian, belajar mengenai ekonomi dan memperbanyakkan bacaan terlebih dahulu sebelum berkongsi satu-satu fakta atau pandangan yang akhirnya akan memakan diri sendiri.

 

 

Terbaru mengenai kenyataannya yang dikatakan cuba mendoakan keburukan pemimpin seolah-olah menuduh beberapa puak yang dianggap menindas dan membebankan rakyat Malaysia.

 

 

 

Adakah beliau sengaja politikan isu untuk meraih simpati supaya diterima berlakon atau seolah-olah mengejar populariti?

 

Baru-baru ini juga,aktres itu baharu sahaja diintai pemilik syarikat pengurusan artis A Klasse Management Sdn Bhd mengenai bakatnya.

 

Bagaimanapun, pemilik syarikat itu sebelum ini sudah berkata, aktres Fathia dinasihatkan perlu menjaga dirinya dengan baik dan mula menghormati orang lain.

 

Justeru,berhati-hati dalam berbicara,jangan sampai nanti kalau orang sudah semakin muak dengan sikap kurang bijaknya, terus membawa pula kepada rasa benci dan secara tidak langsung memusnahkan reputasinya sebagai seorang pelakon berbakat.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*