Elyana Takut Esok Dah ‘Tiada’

Share This:

Penyanyi Elyana mengejutkan ramai pihak apabila memberitahu yang dia merupakan penghidap kanser tahap empat.

Keadaan dirinya itu dimaklumkan selepas dia tersingkir daripada pertandingan Gegar Vaganza musim ke 4 pada Ahad.
 
Elyana disahkan menghidap kanser limfoma (kanser kelenjar) sejak tahun 2013 dan sejak itu dia sudah mencuba pelbagai rawatan di hospital dan juga tradisional.
 

Foto: IG Elyana
“Sekarang ini kanser memasuki tahap empat dan saya sudah menjalani berpuluh kali rawatan kimoterapi, kali terakhir sebelum bulan Ramadan lalu. Malah, saya juga ada mencuba rawatan secara tradisional.
 
“Saya berhenti rawatan kimoterapi kerana mahu tumpukan pada persembahan Gegar Vaganza dan berasakan hanya dengan berfikiran positif membuatkan saya lupa tentang penyakit,” katanya kepada mStar Online.
 

Foto: IG Elyana
Tambahnya, setiap kali mahu melelapkan mata, Elyana sering dibayangi mimpi ngeri dan sentiasa bimbang jika tidurnya itu merupakan malam terakhir buat dirinya.
 
“Kalau saya tidur, jantung boleh terhenti dengan tiba-tiba dipercayai kerana kesan penyakit ini. Sampaikan saya sanggup bersengkang mata kerana takut tiada hari esok untuk saya.”
 
Elyana atau nama sebenarnya  Erneelya Elyana Emrizal, 30, sebelum ini merahsiakan tentangnya kerana tidak mahu peminat dan masyarakat terkesan dengannya.

Semoga Elyana tabah dan sama-samalah kita doakan agar kesihatannya boleh pulih semula.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*