E-Filing Kejayaan Transformasi Digital Buat LHDN

Share This:

Lembaga Hasil Dalam Negeri sentiasa menambah baik kemudahan kepada pembayar cukai dalam menguruskan urusan berkaitan dengan percukaian. Ini termasuklah aplikasi e-Filing yang telah diperkenalkan sejak tahun 2003 pada pembayar cukai korporat seterusnya kepada pembayar cukai individu pada tahun 2004.

Perkhidmatan e-Filing ini membolehkan individu, syarikat, majikan dan sebagainya untuk mengisi, menandatangani secara digital dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara online melalui internet.

Sebagai pembayar cukai yang bertanggungjawab dalam melaporkan pendapatan dan mengira cukai dalam BNCP ini, penghantaran borang ini perlu dilakukan setiap 30 April setap tahun bagi individu yang memperolehi pendapatan selain punca perniagaan.

Sebaliknya individu yang memperolehi pendapatan perniagaan perlu menghantar BNCP kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setiap 30 Jun setiap tahun. Manakala bayaran cukai kena bayar perlu dilakukan sebelum atau pada tarikh akhir penghantaran BNCP.

Kelebihan e-Filing ini memberikan jaminan keselamatan data yang diisi, capaian boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa perlu hadir ke pejabat LHDNM. Ini memberi banyak kemudahan kepada pembayar cukai dan mempercepatkan urusan penghantaran BNCP.

Oleh kerana borang yang dihantar adalah secara digital, kehilangan borang di dalam perjalanan dapat dikurangkan. Begitu juga maklumat data berkaitan pelepasan caruman KWSP dan bayaran zakat melalui potongan gaji akan dimasukkan secara automatik. Oleh itu, pengiraan cukai yang lebih tepat dengan bantuan sistem dan tentunya proses pembayaran balik dapat dipercepatkan.

Ciri-ciri keselamatan sentiasa dipertingkatkan oleh LHDNM dan sistem ini dilindungi oleh teknologi PKI (Public Key Infrastructure) yang mempunyai sepasang kekunci rahsia yang sukar untuk dicerobohi atau dipecahkan. Selain itu dengan adanya PIN, Sijil Digital dan juga tanda tangan secara digital turut diaplikasikan. Ini termasuklah keperluan menukarkan kata laluan kepada akses e-Filing juga diamalkan.

Jika kita masih mempunyai sebarang pertanyaan tentang e-Filing dengan menghubungi talian utama 1-300-88-3010 atau 603-4289 3500 (panggilan dari luar negara) atau melayari laman sesawang di http://www.hasil.gov.my atau berkunjung ke kaunter atau Pejabat LHDNM yang berdekatan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*