Dr Mahathir,Muhyiddin Cuba Sembunyikan Rekod Kewangan Parti Bunga?

Share This:

 

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muh­yid­din Yassin didakwa menyembunyikan rekod ke­wangan parti yang antara lain menghuraikan sumbang­an atau derma yang di­terima daripada pihak luar.

 

Perkara tidak jelas dan meragukan dikatakan perlu di persoal supaya tidak jatuh hukum bersubahat jika mengetahui ia nya dari sumber tidak elok atau haram.

 

Menurut sumber berkata,begitu lah kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau pun di gelar Parti Bunga.

 

Bekas pengasas Parti Bunga iaitu saudara Kamarul Zaman Habibur Rahman dalam kenyataan nya pada satu sesi bual bicara ada berkata bahawa Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan seringkala mengelak menjawap dari mana datang nya sumber kewangan Parti Bunga.

 

“Saya ingin melihat PPBM mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya (AGM) kerana mahu ahli-ahli mempersoalkan perkara ini. Saya harapkan ada ketelusan untuk mengisytihar berapa jumlah dana yang dikumpul daripada ahli dan derma yang diterima,”katanya.

 

Selain itu kedua individu ini cuba sembunyikan rekod kewangan parti Bunga.

 

Jika kenyataan ini datang dari pihak luar boleh kita kata kan ianya fitnah atau cubaan membuat dakwaan palsu.

 

Namun , ia dikatakan datang dari individu yang terbabit sendiri dan berinteraksi terus dengan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin.

 

Menurut sumber,kebenaran pada kenyataan Habibur Rahman boleh di rumuskan apabila PPBM gagal mengadakan mesyuarat tahunan mereka.

 

Ini kerana mesyuarat kemudian akan membuat konklusi dan melaporkan kepada RoS minit minit nya.

 

Maka , untuk melengkap kan mesyuarat serta di terima AGM nya laporan kewangan perlu di kepil kan bersama.

 

Tun Mahathir seolah-olah nya marah kepada RoS dan Menteri berkaitan.

 

Beliau mendakwa, terdapat kemungkinan AGM dikatakan sengaja tidak mahu diadakan oleh PPBM kera­na terdapat beberapa individu yang kini memegang jawatan tinggi di dalam parti tidak mahu kedudukan mereka tergugat.

 

Bagaimana pula jika AGM terpaksa dedah siapa pemberi “dedak” kepada PPBM?

 

Tentu sekali dia enggan kerana dari situ pelbagai andaian boleh di rumuskan.

 

Menurut analisa sebuah portal, dari awal telah menyatakan Tun Mahathir dikatakan tidak berminat dengan PPBM tetapi orang seperti Kamaruzaman Habibur Rahman dikatakan yang cuba mahu membentuk kan nya.

 

Menurut sumber,Tun Mahathir dikatakan telah sekian lama mempromosikan DAP dan amat jarang atau tiada sekali pun mempromosikan PPBM.

 

Beliau juga percaya sekiranya AGM PPBM diadakan, satu malapetaka dikatakan boleh berlaku terhadap parti itu memandangkan ahli-ahli­nya sendiri mempunyai banyak perkara mahu yang dipersoalkan terutamanya mengenai kedudukan dan perjuangan parti.

 

Pada masa sama, kata beliau, kegagalan PPBM mematuhi Perlembagaannya untuk mengadakan AGM dalam tempoh setahun atau meminda Perlembagaan tanpa mendapat persetujuan perwakilan sudah dijangka sewaktu parti itu belum ditubuhkan lagi kerana mendapati pimpinan ter­tingginya tidak mengambil tahu usaha menggerakkan parti di pe­ringkat negeri dan bahagian.

 

“Mungkin ada perkara lain bermain di fikiran mereka yang baru dipecat daripada UMNO. Tetapi kerana tidak mempedulikan soal parti, PPBM semakin lama semakin bermasalah,” katanya.

 

Justeru,di manakah sumber kewangan parti bunga yang seolah-olah cuba  di sembunyikan?

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*