Cum Satu Cara, Belanja Besar!

Share This:

PENGURUS Chelsea Antonio Conte yakin satu-satunya cara untuk terus memberi saingan sengit kepada pemimpin Liga Perdana Inggeris, Manchester City adalah dengan berbelanja besar pada Januari.

City menewaskan Huddersfield pada Ahad untuk mencatat kemenangan ke-12 liga berturut-turut, menjadikan kelab ini kekal di puncak carta.

Chelsea, juara musim lalu berada di tempat ketiga dan Conte yang pasukannya kalah 1-0 dengan City pada September, kagum dengan peningkatan ketara pasukan Pep Guardiola.

“Perjalanan Manchester City luar biasa, kan?.

“Saya fikir Manchester City musim ini adalah pasukan yang kuat, musim lalu pun hebat. Tapi selepas pasaran perpindahan dibuka, mereka telah membeli sasaran pertama mereka dan menjadi bertambah baik.

“Mereka mungkin akan melakukan yang sama pada bulan Januari, pada masa akan datang. Atas sebab ini kita mesti bimbang, jika kita nak bersaing dengan Manchester City kita perlu bekerja keras dan kemudian membuat keputusan terbaik dalam pembelian pemain.”

City telah memenangi 12 perlawanan dan sekali seri daripada 13 perlawanan liga setakat ini dengan menjaringkan 42 gol.

Mereka akan kembali beraksi pada Rabu apabila menjadi tuan rumah menentang Southampton di Etihad.

Chelsea seri 1-1 di Liverpool meninggalkan mereka di tangga ketiga, 11 mata di belakang City.

The Blues akan berdepan Swansea pertengahan minggu ini di Stamford Bridge. -metroUK

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*