Berhenti Gunakan Agama Untuk Tujuan Menakut-nakutkan

Share This:

Sangat malang bahawa sesetengah ahli politik menggunakan agama sebagai ‘bogeyman’ politik, khususnya untuk tujuan menakut-nakutkan, yang sangat berkesan dalam memecahbelahkan orang ramai. Sabah dan Sarawak tidak pernah mengalami sebarang masalah mengenai agama tetapi kini beberapa ahli politik sedang berusaha untuk meningkatkan sentimen agama sebagai sebahagian daripada strategi politik mereka. Ini bukan sahaja nakal tetapi juga berbahaya. Malah, Lim Kit Siang juga bercakap mengenai agama dalam catatan terbaru blognya.

Kita melihat banyak contoh di seluruh dunia tentang apa yang berlaku sekiranya konflik agama terjadi. Kenapa perlu membahagikan umat Islam ke dalam orang Islam yang sederhana dan orang Islam yang ekstrem dan membahagikan lagi orang Islam dan bukan Islam? Hanya ahli politik yang kebankrapan idea akan melakukan ini. Ia bahkan ironik apabila mereka yang menyebabkan perpecahan ini merungut mengenai masalah itu dan mengatakan Malaysia perlu diselamatkan.

Pembinaan negara tidak boleh dicapai dengan memecahbelahkan rakyat. Jadi mari kita dengar apakah penyelesaian yang boleh dicadangkan oleh mereka yang merungut tentang apa yang boleh ditawarkan oleh Malaysia yang terbahagi. Bercakap mengenai betapa buruknya perpecahan di Malaysia tidak akan menyatukan negara ini. Ia malah terus memecahbelahkan lagi rakyat Malaysia. Kita asyik mendengar masalah ini tanpa mendengar sebarang penyelesaian untuknya. Dan mereka yang merungut tentang itu sebenarnya adalah masalahnya dan bukan penyelesaiannya.

– SSK

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*