Anda,Anak-anak Tidak Perlu Disogok Mentaliti Anjing Itu Haram?-Adibah Noor

Share This:

 

Penyanyi Adibah Noor dikatakan memuat naik kenyataannya di twitter mengenai anjing.Adakah beliau seolah-olah ingin menghalalkan anjing?

 

“Kalau anda atau anak-anak anda disogok dengan mentaliti “anjing tu haram.Anjing pergi neraka”,oleh saudara-mara atau jiran dan sesiapa je…

 

cer tunjuk video ni and tanya balik…”anjing yg ni pergi neraka tak? sedangkan dia berbakti kepada manusia?

 

Sudah jelas dan terang, di dalam hadis anjing itu haram disentuh kerana beberapa sebab tertentu yang boleh menyebabkan najis , sekaligus ia menjadi mentaliti yang anjing itu haram bagi umat islam.

 

Mentaliti anjing itu haram disentuh kerana banyak sebab-sebabnya yang telah termaktub  di dalam hadis tetapi perlu diingatkan jika disentuh ia perlu disamak.

 

Menurut sumber,gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak kajian yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing.

 

Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana bahayanya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman.

 

Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi saintifik, maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.

 

Bagaimanapun,anda dan Anak-anak disogok mentaliti anjing itu haram,namun ia bukan bermakna seseorang itu benci kepada haiwan.

 

 Maka hukum memegang ANJING adalah HARAM. Pegang apabila dalam keadaan terdesak ketika membantu menyelamatkannya tetapi perlu disamak selepas menyentuhnya.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*