Aedy Ashraf Punca Nabila Razali Buat Video Menangis Sedih ?

Share This:

>Selepas pelbagai spekulasi yang dikeluarkan netizen berhubung video Nabila Razali tempoh hari, penyanyi ini muncul untuk memberi penjelasan.

 
Katanya video sedih terbabit bukan ditujukan kepada pelakon Aedy Ashraf, sebaliknya ia sekadar luahan perasaannya sahaja.
 
“Saya sekadar memuat naik video itu untuk berkongsi dengan pengikut di laman instagram.
 
“Saya tidak tujukan video itu kepada Aedy mahupun sesiapapun,” katanya kepada Harian Metro.
 
Dalam video tersebut, pelantun lagu Pematah ini menyatakan, “Lelaki ni memang tak pernah cukup kan?, tak kisahlah kita berkorban banyak mana, dia tetap cari lain. Harap korang tak tanya lagi pasal ni. Korang mesti pernah kena macam ni juga kan?” 
Ia dimuat naik selepas beberapa jam Aedy berkongsi foto mesra dengan seorang wanita.
 
Nabila menjelaskan yang setakat ini hubungannya dengan Aedy adalah sekadar berkawan dan sekadar rapat sebagai rakan artis.
 
“Kami berkenalan menerusi laman sosial dan berkawan tidak sampai sebulan. Harap netizen tidak lagi beri komen tidak betul kerana kami bukan pasangan kekasih.
 
“Saya juga tidak ada masalah jika Aedy ingin berkawan dengan wanita lain dan begitu juga sebaliknya,” tambahnya.
 

Foto: IG Nabila Razali

Kalau betul baguslah, jangan sebab lelaki nak menangis-nangis lagi macam ini ya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*