Pelajar Kolej Campak Bayi Dari Tingkat Empat Asrama

Share This:

Rahsia terbongkar apabila seorang pelajar kolej ditahan polis kerana mencampak bayinya keluar dari tingkat empat asrama selepas melahirkan anaknya secara rahsia.

 

Pelajar berusia 19 tahun itu dikatakan ditahan selepas mayat bayi berkenaan ditemui di kaki lima asrama perempuan Kolej Kejuruteraan Xi’an pada 21 November lalu.

 

Menurut sumber,beberapa gambar menunjukkan mayat bayi itu bergelimpangan di tepi kaki lima bersebelahan selimut tular di media sosial di China.

 

Susulan penemuan mayat berkenaan, seorang pelajar perempuan yang tinggal di tingkat empat asrama itu ditahan polis.

 

Jurucakap polis berkata, pelajar itu mengaku dia membalut bayi itu dengan selimut sebelum membuangnya keluar tingkap kerana takut selepas melahirkan anaknya secara rahsia.

 

“Dia melahirkan bayi itu pada sebelah malam dan pada paginya dia pergi ke kelas seperti biasa,” katanya.

 

Seorang lagi pelajar memberitahu, remaja itu tidak menunjukkan tanda-tanda hamil dan dia sering memakai pakaian tebal kerana musim sejuk.

 

Seorang guru di kolej berkenaan memberitahu sebuah akhbar, remaja itu seorang pelajar yang pintar dan tidak pernah ponteng kelas atau mengambil cuti sakit.

 

“Badannya sedikit gempal menyebabkan sukar untuk melihat tanda-tanda pelajar itu hamil,” jelasnya.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*