Ibu Bapa Perlu Awasi Anak-anak Ketika Banjir-MB Razif

Share This:

Monsun kini dikatakan telah melanda Pantai Timur terutamanya di negeri Terengganu.

 

Beberapa peringatan Menteri Besar Terengganu,Dato’Razif mengenai monsun yang kini tiba,bagi langkah-langkah berjaga-jaga ketika menghadapi banjir.

 

“Setakat maklumat yang saya telah terima, Besut antara daerah awal yang menerima tempias monsun ini awal pagi tadi dan segalanya masih terkawal”,kata Menteri Besar Terengganu.

 

“Saya mewakili seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu ingin mengingatkan rakyat agar lebih berhati-hati di musim banjir ini”,nasihat beliau.

 

“Kepada mereka yang tinggal di kawasan yang berisiko banjir, utamakan keselamatan anda dan keluarga. Kepada ibu bapa, perhatikanlah anak-anak anda. Jangan biarkan anak-anak anda bermain dengan air banjir kerana kita sendiri tidak tahu aras bahaya air yang semakin meningkat”.

 

“Sentiasa ambil perhatian dan patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Kerajaan Negeri akan memastikan bantuan segera dihulurkan kepada mangsa-mangsa banjir”,jelanya.

 

“Akhir sekali, kami doakan agar rakyat dan negeri Terengganu sentiasa dalam lindungan Allah SWT”,peringatan beliau.

 

YAB DATO’ SERI HAJI AHMAD RAZIF ABD RAHMAN
MENTERI BESAR TERENGGANU

sumber:terengganutimes

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*