Denda 10,000 Atau Penjara 1 tahun Jika Gagal Simpan Rekod Percukaian

Share This:

Seseorang individu yang menjalankan perniagaan sebagai pemilik tunggal atau perkongsian dikehendaki menyimpan rekod yang teratur bagi tujuan perancangan percukaian yang lebih efektif.

Rekod-rekod dan buku-buku akaun perlu disimpan untuk tempoh tujuh tahun dari akhir tahun kalendar iaitu di atas apa-apa pendapatan perniagaan yang berkenaan.

Dokumen-dokumen sokongan seperti invois jualan dan belian, bil-bil tunai, penyata bank, baucer bayaran, slip bayaran masuk, keratan cek, resit bayaran rasmi dan sebagainya perlu disimpan untuk tujuan pengesahan tuntutan atau perbelanjaan.

Ini juga termasuk sekiranya individu yang menjalankan perniagaan kecil iaitu perniagaan yang perolehan kasar untuk setahun tidak melebihi RM150,000 daripada jualan barang dagangan atau RM100,000 daripada pemberian perkhidmatan, akaun buku tunai boleh disediakan berdasarkan asas tunai di mana boleh melaporkan pendapatan yang diterima dan tolak perbelanjaan yang dilakukan bagi tempoh perakaunan yang berkenaan.

Akibat kegagalan menyimpan rekod yang mencukupi, individu atau perkongsian mungkin dikehendaki oleh Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) supaya akaunnya diaudit oleh akauntan bertauliah atas tanggungan individu atau perkongsian itu.

Tambahan juga akibat kegagalan ini pendapatan tercukai individu berkenaan boleh ditentukan mengikut pertimbangan Ketua Pengarah dan taksiran dibangkitkan sewajarnya. Taksiran ini berdasarkan pengalaman dan anggaran yang dirasakan patut dikenakan cukai yang perlu dibayar.

Jalan terakhir jika kegagagalan memberikan kerjasama kepada LHDN, pembayar cukai atau rakan kongsi boleh didakwa di atas kegagalan menyimpan rekod dan, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM300 dan tidak lebih daripada RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertanyaan lanjut boleh menghubungi LHDNM di talian Hasil Care Line 1-800-88-5436 atau 603-7713 6666 bagi pembayar cukai yang berada di luar negara.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*