Tular Pembaca Berita Siaran Tengah Malam Tayang ‘Lurah’

Share This:

 

Tular dikatakan di laman sosial mengenai seorang pembaca berita TV3 berbahasa Inggeris yang mengenakan pakaian mencolok mata.

 

Berita bahasa Inggeris itu dikatakan ke udara setiap pukul 12.00 tengah malam.

 

Menurut sumber,pengguna Facebook Ekyn Rosny,dikatakan telah memuat naik gambar pembaca berita tersebut.

 

Menurut Ekyn, pada mulanya dia seakan-akan tidak percaya baju yang dipakai pembaca berita tersebut mendedahkan sebahagian dada sehingga menampakkan lurah.

 

Namun setelah diamati memang pakaian yang dipakai itu agak seksi dan tidak sesuai lebih-lebih lagi dipakai seorang pembaca berita di negara ini.

 

“Sepuluh kali aku asyik zoom benda ni sama ada baju atau memang lurah dia. Aku ni jenis suka tengok berita tengah malam walaupun bahasa Inggeris bangang sikit.

 

“Tapi aku rasa tak sesuai sungguh pemberita baca berita dengan pakaian seperti ini. Macam ini ke untuk dipertontonkan kepada rakyat Malaysia?

 

“Pakai yang lebih sopan boleh rasanya. Erghhhh..harap ada yang boleh tegur TV3 ni suruh pemberita dia jangan terlalu seksi sangat,” tulisnya.

 

Pendapat yang dilontarkan oleh Ekyn mendapat perhatian netizen.

 

“Nasib baiklah berita tersebut disiarkan tengah malam. Budak-budak kecil mesti sudah tidur ketika itu”,jelasnya.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*