Setiausaha Politik ,Tiga Polis Ditahan Dalam Kes Rompakan

Share This:

 

 

Seorang lelaki yang dipercayai sebagai setiausaha kepada seorang ahli politik berada dalam tahanan polis untuk membantu siasatan kes rompakan.

 

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, suspek berusia 34 tahun itu pada mulanya dikatakan ditahan reman selama lima hari bermula 19 November namun disambung sehingga Isnin (27 Nov).

 

Menurut sumber,seorang lagi suspek dilaporkan anggota polis berusia 30 tahun yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, juga ditahan reman sehingga Ahad (26 Nov).

 

Remannya sepatutnya berakhir pada hari Rabu.

 

Turut ditahan reman sehingga Rabu adalah dua orang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

 

Mereka dipercayai telah merompak ejen insurans berusia 51 tahun pada 12 November lalu.

 

Difahamkan bahawa tiga lelaki telah memasuki pejabat ejen yang mendakwa sebagai anggota polis yang menerima aduan seterusnya menjalankan siasatan.

 

Salah seorang daripada mereka mengarahkan ejen itu menunjukkan MyKad serta wang tunai yang disimpan di pejabat untuk diperiksa dan kemudian diarahkan untuk mengikutinya ke balai polis.

 

Apabila ejen pulang ke pejabat untuk mengambil begnya, tiga lelaki itu melarikan diri bersama-sama dengan tunai yang dipercayai berjumlah RM4,000.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan bagi rompakan berkumpulan.

 

Bagaimanapun,kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan bagi kesalahan rompakan berkumpulan.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*