Kejutan Sumbangan RM100K TPM Demi Misi Qobin

Share This:

 

Penjelajah Grand Slam Malaysia 2017 di ibu negara, semalam Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B) dikatakan menerima kejutan unik selepas genap empat bulan lalu Majlis Pelancaran Projek Negara.

 

Menurut sumber,lebih menarik apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menyempurnakan acara pelancaran ekspedisi terbaharu KE7B itu secara terbuka menyatakan komitmen sumbangan peribadi beliau.

 

“Saya dengan ini mengumumkan sedia beri sumbangan sebanyak RM100,000 untuk projek ini,” jelas beliau sekali gus memeranjatkan hadirin ketika berucap pada majlis tersebut di Bangunan Perdana Putra di sini pada Jumaat.

 

Ahmad Zahid turut berharap baki sebanyak RM60,000 lagi dapat diusahakan pihak KE7B menerusi dana tajaan pelbagai pihak demi memastikan misi nasional berkenaan mampu menjadi kenyataan menjelang akhir tahun ini.

 

“Saya berharap mungkin pihak KE7B boleh cari lagi penaja. Ini bukan permintaan tetapi arahan,” kata Ahmad Zahid secara berseloroh merujuk kepada usaha gigih dilakukan penasihat kelab itu, Datuk Akmar Hisham Mohd. Yusof.

 

Beliau kemudian pada akhir ucapan turut memimpin bacaan doa selamat sambil tiga kali melafazkan ayat ‘kejayaan’ dalam bahasa Arab buat Penjelajah Negara yang juga Presiden KE7B, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin.

 

Ahmad Zahid selepas itu menyerahkan bendera Jalur Gemilang kepada penjelajah tersebut yang mesra disapa dengan nama Qobin sebagai simbolik menyempurnakan misi terakhir Kutub Selatan dari 15 hingga 31 Disember ini.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*